{"id":8280,"date":"2026-03-10T22:15:39","date_gmt":"2026-03-10T22:15:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8280"},"modified":"2026-03-10T22:15:39","modified_gmt":"2026-03-10T22:15:39","slug":"malaysia-pantau-konflik-asia-barat-nilai-kesan-terhadap-ekonomi-akmal-nasrullah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-pantau-konflik-asia-barat-nilai-kesan-terhadap-ekonomi-akmal-nasrullah\/","title":{"rendered":"Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengekalkan dasar fiskal sedia ada sambil memantau rapat perkembangan konflik geopolitik di Asia Barat bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara.<\/p>\n<p>Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan kini menilai tahap keseriusan serta jangka masa konflik tersebut kerana ia berpotensi memberi kesan kepada ekonomi global termasuk Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut beliau, beberapa senario telah disediakan sebagai langkah awal sekiranya konflik berlarutan dan menjejaskan pasaran tenaga serta rantaian bekalan antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan melihat kepada bagaimana meneruskan keyakinan dan memastikan kestabilan ekonomi itu ada,\u201d katanya semasa majlis pelancaran Laporan Impak Sosioekonomi Malaysia 2025 oleh TikTok.<\/p>\n<p>Beliau berkata satu perbincangan telah diadakan bersama wakil Kementerian Kewangan Malaysia, Petronas, Bank Negara Malaysia serta Kementerian Luar Negeri Malaysia bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai perkembangan konflik tersebut.<\/p>\n<p>Katanya, setakat ini pergerakan harga minyak mentah Brent Crude masih turun naik, namun keadaan ekonomi negara kekal stabil dan terus memberi keyakinan kepada pelabur.<\/p>\n<p>Akmal turut menjelaskan kerjasama antara kementerian penting bagi menilai kesan menyeluruh konflik itu, khususnya terhadap sektor minyak dan gas.<\/p>\n<p>\u201cKetidaktentuan geopolitik boleh memberi kesan kepada logistik dan kos pengangkutan. Dari sudut yang berlaku di Selat Hormuz, premium insurans perkapalan meningkat dengan ketara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, sebarang kesan terhadap harga makanan terutama barangan import hanya akan dapat dilihat selepas tempoh tertentu, namun kementerian berkaitan sedang memantau isu bekalan dengan teliti.<\/p>\n<p>\u201cSeluruh dunia masih menantikan sejauh mana kesan konflik ini kerana banyak kenyataan dan perkembangan yang perlu diteliti untuk memahami dinamik sebenar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketegangan di Asia Barat meningkat sejak 28 Februari lalu apabila Israel bersama Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan geopolitik dan pasaran tenaga dunia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengekalkan dasar fiskal sedia ada sambil memantau rapat perkembangan konflik geopolitik di Asia Barat bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara. Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan kini menilai tahap keseriusan serta jangka masa konflik tersebut kerana ia berpotensi memberi kesan kepada ekonomi global termasuk Malaysia. Menurut beliau, beberapa senario telah disediakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8281,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3368,637,68,582,294,205],"authors":[],"class_list":["post-8280","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah-mohd-nasir","tag-asia-barat","tag-ekonomi","tag-iran","tag-konflik","tag-menteri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8280","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8280"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8280\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8282,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8280\/revisions\/8282"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8281"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8280"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8280"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8280"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8280"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}