{"id":8287,"date":"2026-03-10T22:25:40","date_gmt":"2026-03-10T22:25:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8287"},"modified":"2026-03-10T22:25:40","modified_gmt":"2026-03-10T22:25:40","slug":"ai-hanya-alat-bukan-pengganti-pengkarya-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ai-hanya-alat-bukan-pengganti-pengkarya-fahmi\/","title":{"rendered":"AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu membantu memperkukuh proses kreatif dalam industri seni seperti muzik dan perfileman, namun teknologi itu tidak akan menggantikan peranan pengkarya, kata Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi berkata idea dan sentuhan manusia masih menjadi asas kepada setiap karya kreatif, sekali gus memastikan industri berkenaan terus berkembang secara relevan walaupun teknologi semakin maju.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, the creative act is still a human act (hasil kreatif masih daripada hasil buatan tangan manusia). Itu perkara penting bukan sahaja untuk masa depan industri muzik tetapi juga perfileman,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kasih Ramadan dan Iftar Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak.<\/p>\n<p>Menurutnya, teknologi AI kini sudah digunakan dalam proses tertentu dalam pembikinan filem, termasuk bagi menghasilkan \u2018mood board\u2019 atau gambaran awal konsep sesebuah produksi.<\/p>\n<p>Namun, beliau menegaskan AI hanya berfungsi sebagai alat sokongan kepada pembikin filem.<\/p>\n<p>\u201cAI tidak boleh mengganti pembikin filem, sebaliknya ia boleh membantu dalam proses kreatif,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai industri muzik pula, Fahmi berkata lebih banyak perbincangan perlu diadakan dengan badan berkaitan seperti Music Authors&#8217; Copyright Protection Berhad, Recording Performers Malaysia dan Public Performance Malaysia bagi memastikan penggunaan AI tidak menjejaskan hak serta kepentingan pengkarya.<\/p>\n<p>\u201cPerbincangan ini penting supaya kita dapat tentukan batas penggunaan AI yang boleh diterima oleh pengkarya, penulis lirik dan semua yang terlibat dalam industri muzik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, teknologi itu tidak akan menggantikan artis, sebaliknya mereka yang bijak memanfaatkan AI berpotensi lebih ke hadapan.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya AI tidak akan menggantikan artis, tetapi yang akan menggantikan artis ialah artis yang pandai menggunakan AI,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam usaha memperluas penggunaan teknologi tersebut, kementerian juga meminta IPPTAR memperkukuh latihan berkaitan AI kepada pegawai agensi dan jabatan di bawahnya.<\/p>\n<p>Institut itu merupakan antara institusi awal yang memperkenalkan modul latihan AI bagi meningkatkan kemahiran penjawat awam.<\/p>\n<p>Terdahulu, Fahmi turut merasmikan sambutan Jubli Zamrud 55 tahun IPPTAR yang ditubuhkan pada 1971.<\/p>\n<p>Pada majlis sama, beliau menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada beberapa pengamal media yang berdepan masalah kesihatan dan kesulitan hidup sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.<\/p>\n<p>Inisiatif kebajikan itu diperkenalkan pada 2023 sempena sambutan Hari Wartawan Nasional bagi membantu serta menghargai sumbangan komuniti media di negara ini.<\/p>\n<p>Sehingga kini, ratusan pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada tabung berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu membantu memperkukuh proses kreatif dalam industri seni seperti muzik dan perfileman, namun teknologi itu tidak akan menggantikan peranan pengkarya, kata Fahmi Fadzil. Menteri Komunikasi berkata idea dan sentuhan manusia masih menjadi asas kepada setiap karya kreatif, sekali gus memastikan industri berkenaan terus berkembang secara relevan walaupun teknologi semakin maju. \u201cBagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8288,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,49,3403,184,16,3402],"authors":[],"class_list":["post-8287","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-fahmi-fadzil","tag-ipptar","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-pengkarya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8287","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8287"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8287\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8289,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8287\/revisions\/8289"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8288"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8287"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8287"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8287"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8287"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}