{"id":8330,"date":"2026-03-12T00:08:44","date_gmt":"2026-03-12T00:08:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8330"},"modified":"2026-03-12T00:08:44","modified_gmt":"2026-03-12T00:08:44","slug":"amk-kenyataan-pm-berhubung-kesan-ekonomi-global-perlu-dipandang-serius","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-kenyataan-pm-berhubung-kesan-ekonomi-global-perlu-dipandang-serius\/","title":{"rendered":"AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai perkembangan ekonomi global tidak wajar dipandang ringan kerana ia memberi isyarat awal tentang cabaran yang mungkin dihadapi negara.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, terdapat pihak yang cuba memperlekeh kenyataan tersebut seolah-olah ia perkara kecil, sedangkan dalam keadaan geopolitik dunia yang semakin tidak menentu, setiap amaran awal daripada kerajaan adalah penting.<\/p>\n<p>\u201cDalam situasi global yang rapuh ketika ini, sebarang isyarat ekonomi daripada kerajaan tidak boleh dipandang remeh kerana ia memberi gambaran awal tentang langkah persediaan negara,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.<\/p>\n<p>Menurut Danish, ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Amerika Syarikat telah menggoncang pasaran tenaga dunia dan memberi kesan langsung kepada harga minyak mentah global.<\/p>\n<p>Beliau berkata, harga minyak mentah Brent pernah melonjak melepasi paras AS$100 setong dan penganalisis turut memberi amaran ia berpotensi mencecah sehingga AS$150 setong sekiranya gangguan bekalan berterusan.<\/p>\n<p>Keadaan itu, jelasnya, menjadi lebih membimbangkan apabila konflik tersebut turut memberi tekanan kepada laluan strategik seperti Selat Hormuz yang mengendalikan hampir 20 peratus perdagangan minyak dunia.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya laluan ini terjejas, ia boleh mencetuskan krisis tenaga global yang memberi kesan kepada banyak negara termasuk Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, Malaysia tidak kebal daripada kejutan harga tenaga dunia kerana peningkatan mendadak harga minyak boleh memberi tekanan kepada inflasi, nilai mata wang dan kos sara hidup rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan yang bertanggungjawab perlu membuat persediaan lebih awal, termasuk dari segi fiskal, pengurusan subsidi bahan api dan langkah menstabilkan ekonomi,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurut Danish, kenyataan Anwar mungkin kelihatan ringkas, namun mesejnya jelas kerajaan sedang memberi amaran awal serta meneliti langkah bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang mempersendakan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar.<\/p>\n<p>\u201cMungkin kerana mereka tidak memahami bahawa dalam pengurusan ekonomi negara, isyarat kecil hari ini boleh menentukan kestabilan besar pada masa hadapan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai perkembangan ekonomi global tidak wajar dipandang ringan kerana ia memberi isyarat awal tentang cabaran yang mungkin dihadapi negara. Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, terdapat pihak yang cuba memperlekeh kenyataan tersebut seolah-olah ia perkara kecil, sedangkan dalam keadaan geopolitik dunia yang semakin tidak menentu, setiap amaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,13,952,1763,582,74,583,18],"authors":[],"class_list":["post-8330","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-anwar","tag-danish-hairudin","tag-global","tag-iran","tag-minyak","tag-perang","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8330","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8330"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8330\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8331,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8330\/revisions\/8331"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8330"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8330"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8330"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8330"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}