{"id":8336,"date":"2026-03-12T07:22:50","date_gmt":"2026-03-12T07:22:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8336"},"modified":"2026-03-12T07:22:50","modified_gmt":"2026-03-12T07:22:50","slug":"anggota-perisik-pga-direman-bantu-siasatan-kes-tembak-komander-akps","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anggota-perisik-pga-direman-bantu-siasatan-kes-tembak-komander-akps\/","title":{"rendered":"Anggota perisik PGA direman bantu siasatan kes tembak Komander AKPS"},"content":{"rendered":"<p>Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam yang berlaku bulan lalu.<\/p>\n<p>Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah, berkata anggota berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada 5 Mac lalu.<\/p>\n<p>Menurutnya, anggota yang bertugas dalam bahagian perisikan sempadan itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman berakhir semalam.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan awal mendapati suspek sudah kira-kira dua tahun bertugas di kawasan sempadan.<\/p>\n<p>\u201cKita juga mendapati dia mempunyai hubungan rapat dengan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam sindiket dan dipercayai turut mengambil dadah bersama mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Adzli berkata, maklumat siasatan turut menunjukkan suspek berada di lokasi kejadian bersama beberapa individu terbabit kira-kira empat hingga lima jam sebelum insiden tembakan berlaku.<\/p>\n<p>Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ketamin. Namun, beliau menjelaskan penahanan itu bukan berkaitan kesalahan dadah semata-mata, sebaliknya bagi membantu siasatan kes tembakan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cDia positif ketamin, tetapi penahanan dibuat bagi membantu siasatan kes tembakan ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Polis kini sedang mendapatkan perintah bon jaminan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah bagi memastikan suspek terus memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, pihak polis akan mendapatkan kerjasama pegawai pemerintah anggota berkenaan bagi menentukan sama ada tindakan menahan tugas perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kebocoran maklumat atau gangguan terhadap siasatan.<\/p>\n<p>\u201cSuspek adalah antara 11 individu yang telah ditahan setakat ini. Kita juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membantu siasatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi pada 25 Februari lalu, sebuah Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin M Nasir, dipercayai ditembak dua das oleh individu tidak dikenali.<\/p>\n<p>Mangsa bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.<\/p>\n<p>Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam yang berlaku bulan lalu. Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah, berkata anggota berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5022,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2338,3303,314,3222,43,3413,486,2115,3414,1622],"authors":[],"class_list":["post-8336","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akps","tag-bukit-kayu-hitam","tag-kes","tag-komander","tag-pdrm","tag-pga","tag-reman","tag-sempadan","tag-sindiket","tag-tembak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8336","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8336"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8336\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8337,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8336\/revisions\/8337"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5022"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8336"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8336"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8336"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8336"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}