{"id":8357,"date":"2026-03-13T09:36:36","date_gmt":"2026-03-13T09:36:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8357"},"modified":"2026-03-13T09:36:36","modified_gmt":"2026-03-13T09:36:36","slug":"stok-beras-dipertingkat-hingga-9-bulan-bekalan-mencukupi-mohamad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/stok-beras-dipertingkat-hingga-9-bulan-bekalan-mencukupi-mohamad\/","title":{"rendered":"Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan untuk meningkatkan stok simpanan beras negara sehingga tempoh sembilan bulan sebagai langkah memperkukuh keterjaminan makanan negara susulan ketidaktentuan konflik geopolitik di Asia Barat.<\/p>\n<p>Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dipersetujui Kabinet sebagai persediaan awal sekiranya konflik yang melibatkan Amerika Syarikat dan Iran berlarutan dan memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan global.<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat tidak perlu panik kerana bekalan makanan asas negara ketika ini masih mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei atau Jun tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cKabinet telah bersetuju supaya stok beras negara ditambah sehingga sembilan bulan dari sekarang. Ini merupakan langkah awal kerajaan bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa terjamin,\u201d katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Mohamad berkata kerajaan turut menggalakkan rakyat menanam tanaman makanan yang cepat dituai seperti cili, terung dan kucai di kawasan rumah sebagai usaha menambah bekalan makanan domestik.<\/p>\n<p>\u201cSebagai langkah awal, saya akan arahkan pegawai di kementerian yang mempunyai kawasan rumah di atas tanah supaya memulakan tanaman yang cepat berhasil seperti cili, terung dan kucai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan usaha tersebut mengingatkan kepada semangat Kempen Buku Hijau yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Abdul Razak Hussein pada tahun 1970-an bagi menggalakkan rakyat menanam makanan sendiri.<\/p>\n<p>Kempen berkenaan ketika itu berjaya meningkatkan pengeluaran makanan tempatan ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global.<\/p>\n<p>Menurut Mohamad lagi, sehingga kini kerajaan tidak melihat sebarang tanda konflik antara Amerika Syarikat dan Iran akan berakhir pada masa terdekat, justeru langkah awal perlu diambil bagi memastikan bekalan makanan negara tidak terjejas.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai bekalan makanan atau kenaikan harga.<\/p>\n<p>\u201cRakyat tidak perlu risau. Buat masa ini sambutlah Hari Raya seperti biasa kerana bekalan makanan negara masih mencukupi dan kerajaan sentiasa memantau keadaan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan untuk meningkatkan stok simpanan beras negara sehingga tempoh sembilan bulan sebagai langkah memperkukuh keterjaminan makanan negara susulan ketidaktentuan konflik geopolitik di Asia Barat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dipersetujui Kabinet sebagai persediaan awal sekiranya konflik yang melibatkan Amerika Syarikat dan Iran berlarutan dan memberi kesan kepada rantaian bekalan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8358,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3423,3422,582,294,3424,2345,583,3421],"authors":[],"class_list":["post-8357","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bekalan","tag-beras","tag-iran","tag-konflik","tag-menteri-pertanian-dan-keterjaminan-makanan","tag-mohamad-sabu","tag-perang","tag-stok"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8357","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8357"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8357\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8359,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8357\/revisions\/8359"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8358"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8357"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8357"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8357"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8357"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}