{"id":8366,"date":"2026-03-14T06:31:23","date_gmt":"2026-03-14T06:31:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8366"},"modified":"2026-03-14T06:31:23","modified_gmt":"2026-03-14T06:31:23","slug":"pas-akan-ambil-jawatan-ketua-pembangkang-ganti-hamzah-samsuri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-akan-ambil-jawatan-ketua-pembangkang-ganti-hamzah-samsuri\/","title":{"rendered":"PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri"},"content":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) mengesahkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen akan disandang oleh seorang ahli parlimen daripada PAS, sekali gus menandakan pengaruh parti itu semakin dominan dalam gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Pengerusinya Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan akan diumumkan pada hujung bulan Mac ini.<\/p>\n<p>\u201cMesyuarat memutuskan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan dipegang oleh seorang ahli parlimen dari PAS, namun namanya akan diumumkan sebelum akhir Mac ini,\u201d katanya dalam sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Sidang media itu turut dihadiri Presiden Gerakan Dominic Lau, Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan serta Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menjelaskan PN akan mengadakan sesi libat urus dalam kalangan pimpinan parti komponen bagi mencapai persetujuan bersama mengenai calon yang bakal dilantik.<\/p>\n<p>Buat masa ini, jawatan Ketua Pembangkang masih disandang Hamzah Zainudin, bekas Timbalan Presiden Bersatu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri turut mengumumkan beberapa perubahan dalam barisan kepimpinan utama PN.<\/p>\n<p>Takiyuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu gabungan itu, manakala Annuar Musa yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat diberi tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan.<\/p>\n<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pula dilantik sebagai Bendahari Agung PN.<\/p>\n<p>Sebelum ini beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, yang kini diambil alih oleh Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin.<\/p>\n<p>Satu lagi perkara yang menarik perhatian ialah ketiadaan nama Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam barisan kepimpinan utama yang diumumkan.<\/p>\n<p>Dalam struktur sebelum ini, beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi PN.<\/p>\n<p>Tempat tersebut kini diisi oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.<\/p>\n<p>Sejak pilihan raya umum lalu, PAS muncul sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PN.<\/p>\n<p>Kedudukan itu menjadikan parti berkenaan semakin berpengaruh dalam menentukan hala tuju gabungan pembangkang di Parlimen, termasuk dalam pembentukan barisan kepimpinan utamanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) mengesahkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen akan disandang oleh seorang ahli parlimen daripada PAS, sekali gus menandakan pengaruh parti itu semakin dominan dalam gabungan berkenaan. Pengerusinya Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan akan diumumkan pada hujung bulan Mac ini. \u201cMesyuarat memutuskan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7635,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[107,1035,1847,126,541,3427],"authors":[],"class_list":["post-8366","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen","tag-hamzah-zainuddin","tag-ketua-pembangkang","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-samsuri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8366","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8366"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8366\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8367,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8366\/revisions\/8367"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7635"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8366"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8366"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8366"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8366"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}