{"id":8369,"date":"2026-03-14T06:39:47","date_gmt":"2026-03-14T06:39:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8369"},"modified":"2026-03-14T06:41:20","modified_gmt":"2026-03-14T06:41:20","slug":"hadi-disaran-muhasabah-diri-bersihkan-diri-daripada-bisikan-syaitan-razlan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadi-disaran-muhasabah-diri-bersihkan-diri-daripada-bisikan-syaitan-razlan\/","title":{"rendered":"Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa UMNO dilanda \u201cpenyakit waswas akibat bisikan syaitan\u201d mengundang reaksi balas daripada pimpinan parti itu.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Razlan Rafii berkata kenyataan sedemikian tidak wajar dikeluarkan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi masa untuk umat Islam memperbaiki diri dan memperkukuh perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cDalam bulan Ramadan ini, sepatutnya beliau membersihkan diri daripada bisikan syaitan yang ada di sekelilingnya terlebih dahulu.<\/p>\n<p>\u201cTidak ada salah untuk berusaha melakukan apa sahaja demi penyatuan umat Islam,\u201d katanya mengulas kenyataan Hadi dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Hadi menulis dalam ruangan \u201cMinda Presiden PAS\u201d di Facebook mendakwa UMNO kini berdepan kekeliruan dalam kalangan ahlinya akibat \u201cbisikan syaitan\u201d.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Marang itu merujuk kepada kehadiran wakil PAS sebagai pemerhati dalam pertemuan \u201cRumah Bangsa\u201d anjuran UMNO baru-baru ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, pertemuan tersebut memperlihatkan tanda-tanda masalah dalaman dalam UMNO, termasuk dakwaan ada ahli parti itu meninggalkan perjuangan asal yang meletakkan agama sebagai sebahagian daripada dasar parti.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Razlan berkata program \u201cRumah Bangsa\u201d sebenarnya bertujuan mengeratkan hubungan dan silaturahim antara ahli serta bekas ahli UMNO, selain membuka ruang dialog dengan pelbagai pihak.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan PAS sendiri pernah bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor suatu ketika dahulu.<\/p>\n<p>\u201cKetika PAS memberi laluan kepada DAP dalam kerajaan negeri Selangor, siapa pula yang membisikkan perkara itu kepada beliau untuk menerima gabungan tersebut?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Razlan menegaskan matlamat utama UMNO ketika ini ialah memastikan orang Melayu kembali mempunyai kedudukan dominan dalam politik negara serta mengelakkan perpecahan yang berpanjangan.<\/p>\n<p>Pertemuan \u201cRumah Bangsa\u201d yang diadakan di ibu pejabat Umno pada 5 Mac lalu menghimpunkan beberapa parti Melayu dan Islam untuk membincangkan agenda nasional serta berkongsi maklumat mengenai dasar kerajaan.<\/p>\n<p>Antara parti yang hadir ialah UMNO, PAS, PKR, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah, Berjasa, Kongres India Muslim Malaysia dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa UMNO dilanda \u201cpenyakit waswas akibat bisikan syaitan\u201d mengundang reaksi balas daripada pimpinan parti itu. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Razlan Rafii berkata kenyataan sedemikian tidak wajar dikeluarkan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi masa untuk umat Islam memperbaiki diri dan memperkukuh perpaduan. \u201cDalam bulan Ramadan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8370,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,3429,126,3428,2995,146],"authors":[],"class_list":["post-8369","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bisikan-syaitan","tag-pas","tag-razlan-rafii","tag-rumah-bangsa","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8369","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8369"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8369\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8371,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8369\/revisions\/8371"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8370"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8369"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8369"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8369"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8369"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}