{"id":8374,"date":"2026-03-14T07:00:38","date_gmt":"2026-03-14T07:00:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8374"},"modified":"2026-03-14T07:01:24","modified_gmt":"2026-03-14T07:01:24","slug":"fitnah-program-kpm-di-gereja-fadhlina-minta-penyebar-tampil-mohon-maaf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fitnah-program-kpm-di-gereja-fadhlina-minta-penyebar-tampil-mohon-maaf\/","title":{"rendered":"Fitnah program KPM di Gereja: Fadhlina minta penyebar tampil mohon maaf"},"content":{"rendered":"<p>Fadhlina Sidek menggesa pihak yang menyebarkan dakwaan palsu satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diadakan di dalam gereja supaya tampil memohon maaf secara terbuka.<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan itu berkata, tuduhan yang tular di media sosial itu merupakan satu fitnah berniat jahat yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat serta berpotensi menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.<\/p>\n<p>Menurutnya, kementerian memandang serius perkara itu terutama kerana ia berlaku pada bulan Ramadan, ketika masyarakat sepatutnya mengekalkan suasana harmoni dan saling menghormati.<\/p>\n<p>\u201cKita menerima aduan mengenai satu kenyataan fitnah yang mendakwa sesi libat urus bersama pemegang taruh prasekolah swasta diadakan di gereja, sedangkan sebenarnya program itu berlangsung di dewan sebuah sekolah antarabangsa,\u201d katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Madani Ihya Ramadan KPM.<\/p>\n<p>Tambah beliau, penyebaran maklumat tidak tepat yang menyentuh sensitiviti agama tidak boleh dipandang ringan.<\/p>\n<p>\u201cIni bulan Ramadan dan apa sahaja fitnah atau berita yang cuba menggugat keharmonian serta membangkitkan kemarahan dan salah faham dalam masyarakat tidak boleh dibiarkan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Fadhlina turut menegaskan akan mengambil pendekatan tegas bagi mengelakkan isu berkenaan disalah tafsir sehingga mencetuskan ketegangan agama atau kaum.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu perkara ini menimbulkan ketegangan agama atau kaum. Oleh itu, saya minta pihak yang membuat fitnah itu tampil memohon maaf kerana dakwaan tersebut sangat jahat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, satu hantaran di media sosial tular dengan dakwaan bahawa KPM mengadakan sesi libat urus dengan pengusaha tadika swasta di sebuah gereja.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, KPM segera menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa program itu sebenarnya diadakan di dewan Assumption International Secondary School.<\/p>\n<p>Menurut kementerian, pemilihan lokasi berkenaan dibuat kerana kemudahan dan fasiliti yang sesuai selain memberi ruang kepada sekolah antarabangsa sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan swasta di negara ini.<\/p>\n<p>Isu berkenaan mencetuskan perbincangan di media sosial sebelum penjelasan rasmi dikeluarkan oleh kementerian bagi memperbetulkan maklumat yang tersebar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fadhlina Sidek menggesa pihak yang menyebarkan dakwaan palsu satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diadakan di dalam gereja supaya tampil memohon maaf secara terbuka. Menteri Pendidikan itu berkata, tuduhan yang tular di media sosial itu merupakan satu fitnah berniat jahat yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat serta berpotensi menjejaskan keharmonian antara kaum dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[134,291,3158,975,973,1103],"authors":[],"class_list":["post-8374","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fadhlina-sidek","tag-fitnah","tag-gereja","tag-kpm","tag-pendidikan","tag-program"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8374","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8374"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8374\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8375,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8374\/revisions\/8375"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8374"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8374"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8374"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8374"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}