{"id":838,"date":"2025-06-16T07:56:23","date_gmt":"2025-06-16T07:56:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=838"},"modified":"2025-06-16T11:21:29","modified_gmt":"2025-06-16T11:21:29","slug":"prime-dibangun-mcmc-akan-diguna-semasa-bencana-dan-sebagai-hab-digital-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prime-dibangun-mcmc-akan-diguna-semasa-bencana-dan-sebagai-hab-digital-fahmi\/","title":{"rendered":"PRIME dibangun MCMC akan diguna semasa bencana dan sebagai hab digital: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak atau \u201cPRIME\u201d yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan digunakan untuk memperkasa keupayaan komunikasi negara.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata PRIME merupakan sistem sokongan strategik untuk memastikan keupayaan komunikasi semasa operasi dapat diteruskan khususnya semasa berdepan bencana alam dan amat diperlukan untuk membantu melancarkan perjalanan kerja-kerja menyelamat.<\/p>\n<p>\u201cNamun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita telah menyaksikan peningkatan kejadian krisis dan bencana \u2014 sama ada bencana semula jadi seperti banjir dan tanah runtuh \u2014 yang banyak dipengaruhi oleh kesan perubahan iklim global, mahupun bencana buatan seperti kebakaran atau gangguan teknikal.<\/p>\n<p>\u201cSituasi ini kadang kala turut menjejaskan perkhidmatan komunikasi, sedangkan pada saat-saat itulah komunikasi adalah paling kritikal.<\/p>\n<p>\u201cMaka, PRIME telah dibangunkan sebagai sistem sokongan strategik untuk memastikan keupayaan komunikasi semasa operasi dapat diteruskan. PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu yang direka khusus untuk menyokong operasi bantuan oleh MCMC serta pasukan penyelamat ketika situasi kecemasan dan bencana,\u201d katanya semasa majlis perasmian di ibu pejabat MCMC hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi juga berkata PRIME akan dilengkapi dengan teknologi dan kelengkapan komunikasi terkini untuk digunakan di lapangan.<\/p>\n<p>\u201cPRIME bukan sekadar sebuah kenderaan. PRIME merupakan sistem komunikasi bersepadu bergerak yang menggabungkan pelbagai teknologi seperti satelit, selular, radio mudah alih, Wi-Fi dan dron.<\/p>\n<p>\u201cPRIME berkeupayaan menyediakan ketersambungan komunikasi yang boleh dipercayai dan fleksibel mengikut keperluan operasi di lokasi yang mencabar,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Lebih menarik, Fahmi berkata sistem yang digunakan tersebut akan menjamin sistem telekomunikasi tidak terjejas semasa operasi pasukan penyelamat berjalan di tempat bencana atau krisis.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan liputan komunikasi sedia ada yang terganggu atau terbatas, PRIME membolehkan komunikasi kritikal diteruskan bagi tujuan koordinasi penyelamatan, pengurusan bantuan dan penyampaian maklumat bersama agensi-agensi terlibat.<\/p>\n<p>\u201cHal ini amat penting bagi memastikan tindak balas pantas dan berkesan dapat dilaksana, walaupun termasuk di kawasan terpencil atau sukar liputan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, MCMC membangunkan sebanyak tiga unit PRIME yang akan disiapkan secara berperingkat sepanjang tahun 2025.<\/p>\n<p>Unit pertama yang dilancarkan pada hari ini ditempatkan di Ibu Pejabat MCMC dan berperanan menyokong pelaksanaan operasi di Semenanjung<br \/>\nMalaysia.<\/p>\n<p>Manakala, unit kedua dan ketiga dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2025, dan akan ditempatkan masing-masing di Pejabat MCMC Sabah dan Sarawak bagi memastikan liputan dan kesiapsiagaan di wilayah Malaysia Timur turut diperkukuh secara menyeluruh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak atau \u201cPRIME\u201d yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan digunakan untuk memperkasa keupayaan komunikasi negara. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata PRIME merupakan sistem sokongan strategik untuk memastikan keupayaan komunikasi semasa operasi dapat diteruskan khususnya semasa berdepan bencana alam dan amat diperlukan untuk membantu melancarkan perjalanan kerja-kerja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":839,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[558,49,184,16,557],"authors":[],"class_list":["post-838","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bencana","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-prime"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/838","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=838"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/838\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":840,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/838\/revisions\/840"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/839"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=838"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=838"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=838"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=838"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}