{"id":8391,"date":"2026-03-15T08:25:13","date_gmt":"2026-03-15T08:25:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8391"},"modified":"2026-03-15T08:25:13","modified_gmt":"2026-03-15T08:25:13","slug":"konflik-asia-barat-dijangka-beri-tekanan-inflasi-kepada-negara-akmal-nasrullah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/konflik-asia-barat-dijangka-beri-tekanan-inflasi-kepada-negara-akmal-nasrullah\/","title":{"rendered":"Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah"},"content":{"rendered":"<p>Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat dijangka memberi tekanan kepada kadar inflasi Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan gangguan terhadap rantaian bekalan tenaga global.<\/p>\n<p>Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, konflik yang melibatkan kawasan pengeluar minyak utama dunia boleh memberi kesan berantai kepada ekonomi global termasuk peningkatan kos pengeluaran, logistik dan harga barangan.<\/p>\n<p>Menurutnya, walaupun Malaysia berjaya mengekalkan kadar inflasi yang rendah sekitar 1.4 peratus sepanjang tahun lalu, situasi geopolitik semasa berpotensi mengubah keadaan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKesan konflik ini bergantung kepada beberapa keadaan iaitu intensiti atau kerosakan yang berlaku serta tempoh konflik berlarutan. Ketika ini masih belum ada tanda-tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat,\u201d katanya ketika ditemui selepas meninjau Program Jualan Rahmah di Pangsapuri Desa Dato\u2019 Hajjah Hasnah di Johor Bahru.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kerajaan sedang memantau perkembangan global dengan teliti serta mengambil beberapa langkah awal bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan telah mengambil beberapa pendekatan untuk menjamin bekalan minyak mencukupi, memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan dan kesejahteraan rakyat dapat dipelihara sebaik mungkin,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Konflik di Asia Barat sering memberi kesan besar kepada pasaran tenaga dunia kerana rantau itu merupakan antara pengeluar minyak utama global.<\/p>\n<p>Laluan strategik seperti Selat Hormuz juga memainkan peranan penting sebagai laluan utama penghantaran minyak dan gas ke pasaran antarabangsa.<\/p>\n<p>Akmal Nasrullah berkata sebarang gangguan terhadap laluan tersebut boleh memberi implikasi langsung kepada harga bahan api.<\/p>\n<p>\u201cGangguan bekalan minyak dan gas akan memberi kesan terus kepada produk berasaskan petroleum seperti petrol dan diesel.<\/p>\n<p>\u201cMinyak juga komponen penting dalam banyak proses pengeluaran, jadi apabila bekalan terganggu, kos pengeluaran serta logistik turut meningkat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi Malaysia boleh meningkat sehingga tiga peratus sekiranya harga minyak dunia melonjak hingga mencecah AS$150 setong.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, kerajaan sedang meneliti beberapa langkah bagi mengurangkan penggunaan petrol termasuk cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah melibatkan penjawat awam.<\/p>\n<p>Langkah sama turut dipertimbangkan beberapa negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam dan Filipina sebagai usaha mengurangkan penggunaan tenaga selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik serta hibrid.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat dijangka memberi tekanan kepada kadar inflasi Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan gangguan terhadap rantaian bekalan tenaga global. Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, konflik yang melibatkan kawasan pengeluar minyak utama dunia boleh memberi kesan berantai kepada ekonomi global termasuk peningkatan kos pengeluaran, logistik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2936,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3368,68,675,674,582,294,74,583],"authors":[],"class_list":["post-8391","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah-mohd-nasir","tag-ekonomi","tag-harga-barang","tag-inflasi","tag-iran","tag-konflik","tag-minyak","tag-perang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8391","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8391"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8391\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8392,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8391\/revisions\/8392"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2936"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8391"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8391"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8391"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8391"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}