{"id":8400,"date":"2026-03-15T08:46:03","date_gmt":"2026-03-15T08:46:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8400"},"modified":"2026-03-15T08:46:03","modified_gmt":"2026-03-15T08:46:03","slug":"umno-akan-teruskan-usaha-penyatuan-melayu-tak-perlu-layan-kritikan-johari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-akan-teruskan-usaha-penyatuan-melayu-tak-perlu-layan-kritikan-johari\/","title":{"rendered":"UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari"},"content":{"rendered":"<p>UMNO tidak perlu melayan kritikan atau prasangka buruk daripada mana-mana pihak terhadap inisiatif Rumah Bangsa yang bertujuan menyatukan orang Melayu dan umat Islam, kata Johari Abdul Ghani.<\/p>\n<p>Menurut Naib Presiden parti itu, UMNO sebaliknya perlu terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perpaduan politik Melayu tanpa memaksa mana-mana parti atau individu untuk menyertainya.<\/p>\n<p>\u201cKita panggil orang masuk, tetapi kalau ada parti Melayu lain yang tak mahu, kita tak boleh paksa.<\/p>\n<p>\u201cKalau orang tak nak masuk, kita tak payah nak bergaduh dengan mereka,\u201d katanya kepada media selepas menghadiri Program Sumbangan Aidilfitri 2026 di Padang Blok B7 Desa Pandan hari ini.<\/p>\n<p>Johari menegaskan UMNO juga tidak perlu bertelagah dengan mana-mana pihak yang memilih untuk berada dalam parti lain walaupun mengkritik UMNO.<\/p>\n<p>\u201cKatakan ada orang Melayu sudah masuk parti lain dan tak mahu masuk parti kita, kemudian kondem kita, tak apalah. Dia tak nak masuk, sudahlah. Kita tak perlu berlawan dengan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada majlis itu, lebih 2,500 pek sumbangan Aidilfitri diagihkan kepada penduduk sekitar, termasuk di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri.<\/p>\n<p>Sepanjang Ramadan ini, kira-kira 15,000 pek bantuan dirancang untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, inisiatif Rumah Bangsa tidak mempunyai had masa tertentu dan sesiapa sahaja bebas menyertainya pada bila-bila masa.<\/p>\n<p>\u201cPolitik ini terbuka. Kita buka ruang kepada sesiapa yang mahu kembali atau menyertai UMNO. Kalau mereka kata nak tunggu pilihan raya akan datang, itu terpulang kepada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Rumah Bangsa diperkenalkan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, sebagai platform untuk menghimpunkan semula orang Melayu di bawah satu kerangka politik yang lebih luas.<\/p>\n<p>Namun, cadangan itu mendapat kritikan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini menyatakan partinya tidak bersedia menyertai gagasan tersebut kerana menyifatkannya sebagai struktur politik yang tidak kukuh.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid baru-baru ini memaklumkan inisiatif Rumah Bangsa menerima sambutan menggalakkan termasuk daripada bekas ahli serta pemimpin UMNO yang pernah digantung atau dipecat.<\/p>\n<p>Antara yang menyatakan kesediaan untuk kembali ialah bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein, selain bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, yang sebelum ini dipecat daripada parti pada 2023.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO tidak perlu melayan kritikan atau prasangka buruk daripada mana-mana pihak terhadap inisiatif Rumah Bangsa yang bertujuan menyatukan orang Melayu dan umat Islam, kata Johari Abdul Ghani. Menurut Naib Presiden parti itu, UMNO sebaliknya perlu terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perpaduan politik Melayu tanpa memaksa mana-mana parti atau individu untuk menyertainya. \u201cKita panggil orang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6742,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,147,2667,2995,146],"authors":[],"class_list":["post-8400","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-johari-ghani","tag-rumah-bangsa","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8400","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8400"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8400\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8401,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8400\/revisions\/8401"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8400"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8400"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8400"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8400"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}