{"id":8407,"date":"2026-03-16T01:48:50","date_gmt":"2026-03-16T01:48:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8407"},"modified":"2026-03-16T01:48:50","modified_gmt":"2026-03-16T01:48:50","slug":"40-hasil-sabah-anwar-tegaskan-komitmen-kerajaan-tunai-tuntutan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/40-hasil-sabah-anwar-tegaskan-komitmen-kerajaan-tunai-tuntutan\/","title":{"rendered":"40% hasil Sabah: Anwar tegaskan komitmen kerajaan tunai tuntutan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan menegaskan komitmen untuk menunaikan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kerajaan tidak akan membuat rayuan berhubung perkara itu dan menganggap isu tersebut sudah muktamad, namun perincian pelaksanaannya masih perlu dibincangkan secara menyeluruh bagi memastikan mekanisme terbaik dapat dilaksanakan demi kepentingan Sabah.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak merayu kes 40 peratus hasil Sabah dan perkara itu sudah muktamad. Bagi pihak kerajaan, kami telah beri jaminan bahawa ini adalah komitmen yang tegas dan keputusan dasar kerajaan,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani 2026 Peringkat Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen itu turut dibincangkan secara rasmi melalui pertemuan antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican yang mewakili kerajaan Persekutuan, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Safar Untong bagi memperincikan mekanisme pelaksanaannya.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah nyatakan dalam Kabinet dan Parlimen bahawa tiada rundingan untuk menafikan hak ini. Kerajaan komited menunaikan komitmen 40 peratus kepada rakyat Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah merupakan isu lama yang berkait rapat dengan hak negeri di bawah MA63. Pada 17 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk menyemak dan membayar semula hak tuntutan berkenaan kepada Sabah.<\/p>\n<p>Anwar berkata perbincangan kini tertumpu kepada kaedah pelaksanaan selepas wujudnya komitmen interim antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sejak penghujung 2022 dan diteruskan selepas pentadbiran kerajaan Madani mengambil alih.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, isu ini bukan lagi soal sama ada hendak laksana atau tidak. Soalnya sekarang adalah bagaimana kita melaksanakannya dengan baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, beliau turut menekankan kepentingan pembangunan kemudahan asas untuk peniaga kecil seperti restoran, gerai dan warung yang menurutnya memainkan peranan penting dalam ekonomi tempatan.<\/p>\n<p>\u201cGerai kecil ini menarik kira-kira 85 peratus pelanggan, tetapi kadangkala perancangan pembangunan mengabaikan keperluan mereka sehingga keadaannya daif. Kita perlu ubah pendekatan supaya kemudahan ini lebih selesa untuk rakyat dan juga pelancong,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan menegaskan komitmen untuk menunaikan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Menurut beliau, kerajaan tidak akan membuat rayuan berhubung perkara itu dan menganggap isu tersebut sudah muktamad, namun perincian pelaksanaannya masih perlu dibincangkan secara menyeluruh bagi memastikan mekanisme terbaik dapat dilaksanakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,286,2349,58,18,102,3442],"authors":[],"class_list":["post-8407","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-hasil","tag-ma63","tag-mahkamah","tag-pmx","tag-sabah","tag-tunai-janji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8407","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8407"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8407\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8408,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8407\/revisions\/8408"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8407"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8407"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8407"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8407"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}