{"id":8421,"date":"2026-03-16T06:29:36","date_gmt":"2026-03-16T06:29:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8421"},"modified":"2026-03-16T06:29:36","modified_gmt":"2026-03-16T06:29:36","slug":"kj-hantar-rayuan-sertai-semula-umno-kepada-zahid-hubungan-kembali-pulih","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kj-hantar-rayuan-sertai-semula-umno-kepada-zahid-hubungan-kembali-pulih\/","title":{"rendered":"KJ hantar rayuan sertai semula UMNO kepada Zahid, hubungan kembali pulih"},"content":{"rendered":"<p>Khairy Jamaluddin sudah mengemukakan surat rayuan untuk kembali menyertai parti itu dan disahkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin selepas menerima kunjungan bekas ketua pemuda tersebut.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid dalam perkongsian itu berkata pertemuan tersebut berlaku dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan Khairy Jamaluddin yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid menjelaskan, permohonan itu diterima secara peribadi sebelum dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Mohamed Khaled Nordin untuk penelitian lanjut.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan usaha penyatuan dalam parti perlu diberi keutamaan bagi memperkukuh kembali kekuatan UMNO.<\/p>\n<p>\u201cDalam perjalanan perjuangan ini seperti yang sering saya sebut &#8211; biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, gagasan Rumah Bangsa diharapkan menjadi ruang mempertemukan kembali pemimpin dan ahli yang pernah berpisah, selain memperkukuh saf perjuangan parti.<\/p>\n<p>Khairy sebelum ini turut menyatakan secara terbuka hasrat untuk kembali menyertai UMNO menerusi agenda Rumah Bangsa yang diperkenalkan kepimpinan parti.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Parlimen Rembau itu dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 selepas Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n<p>Pemecatan tersebut berlaku ketika parti berdepan krisis dalaman susulan keputusan pilihan raya yang menyaksikan UMNO kehilangan banyak kerusi Parlimen.<\/p>\n<p>Sepanjang berada di luar parti, Khairy kekal aktif dalam perbincangan politik negara melalui media dan podcast, selain sering memberi pandangan mengenai hala tuju politik Melayu dan masa depan UMNO.<\/p>\n<p>Beliau sebelum ini menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid yang membuka pintu penyatuan tanpa syarat sebagai perkembangan positif dan peluang baik untuk kembali bersama parti yang pernah menjadi platform utama dalam kerjaya politiknya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Khairy Jamaluddin sudah mengemukakan surat rayuan untuk kembali menyertai parti itu dan disahkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin selepas menerima kunjungan bekas ketua pemuda tersebut. Ahmad Zahid dalam perkongsian itu berkata pertemuan tersebut berlaku dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan. \u201cAlhamdulillah, dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8422,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[326,2252,276,699,2995,146,379],"authors":[],"class_list":["post-8421","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-khairy-jamaluddin","tag-kj","tag-pecat","tag-rayuan","tag-rumah-bangsa","tag-umno","tag-zahid"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8421","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8421"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8421\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8423,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8421\/revisions\/8423"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8422"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8421"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8421"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8421"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8421"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}