{"id":8435,"date":"2026-03-17T00:01:23","date_gmt":"2026-03-17T00:01:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8435"},"modified":"2026-03-17T00:01:23","modified_gmt":"2026-03-17T00:01:23","slug":"proses-kemasukan-semula-kj-ke-umno-dijangka-berjalan-cepat-zambry","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/proses-kemasukan-semula-kj-ke-umno-dijangka-berjalan-cepat-zambry\/","title":{"rendered":"Proses kemasukan semula KJ ke UMNO dijangka berjalan cepat: Zambry"},"content":{"rendered":"<p>Proses membawa kembali bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ke dalam parti itu dijangka tidak mengambil masa lama selepas beliau memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi Zambry Abd Kadir berkata, langkah tersebut selari dengan idea penubuhan \u201cRumah Bangsa\u201d yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi bagi membuka ruang kepada bekas pemimpin dan ahli parti kembali menyertai parti itu.<\/p>\n<p>Menurut Zambry, perkara itu diyakini dapat diproses dengan lancar sekiranya dibawa ke peringkat kepimpinan tertinggi parti.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak fikir tempoh masa itu akan menjadi masalah. Kita yakin presiden akan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi untuk dipertimbangkan,\u201d katanya dipetik laporan berita.<\/p>\n<p>Khairy sebelum ini dilaporkan secara rasmi memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan serta nombor keahlian asalnya diaktifkan semula.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Parlimen Rembau itu dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 selepas beberapa kenyataannya dianggap bertentangan dengan pendirian parti.<\/p>\n<p>Zambry berkata UMNO juga telah melantik seorang Naib Presiden parti sebagai pengerusi teknikal bagi menguruskan proses berkaitan permohonan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan pertemuan antara Ahmad Zahid dan Khairy baru-baru ini berlangsung dalam suasana harmoni, sekali gus memberi isyarat positif terhadap kemungkinan penyatuan semula.<\/p>\n<p>\u201cSaya melihat langkah Khairy ini sesuatu yang baik. Dari dahulu sampai sekarang, jiwanya tetap jiwa UMNO,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu kita lihat beliau masih hadir bersama ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.\u201d<\/p>\n<p>Pada masa sama, Zambry merakamkan penghargaan kepada Ahmad Zahid kerana membuka ruang melalui gagasan \u201cRumah Bangsa\u201d yang bertujuan mengumpulkan kembali tokoh-tokoh yang pernah bersama parti itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Proses membawa kembali bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ke dalam parti itu dijangka tidak mengambil masa lama selepas beliau memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Zambry Abd Kadir berkata, langkah tersebut selari dengan idea penubuhan \u201cRumah Bangsa\u201d yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi bagi membuka ruang kepada bekas pemimpin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5618,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[326,2252,2301,2833,276,699,2995,146,677],"authors":[],"class_list":["post-8435","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-khairy-jamaluddin","tag-kj","tag-masuk-semula","tag-mkt","tag-pecat","tag-rayuan","tag-rumah-bangsa","tag-umno","tag-zambry-abd-kadir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8435","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8435"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8435\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8436,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8435\/revisions\/8436"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5618"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8435"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8435"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8435"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8435"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}