{"id":8463,"date":"2026-03-17T18:18:53","date_gmt":"2026-03-17T18:18:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8463"},"modified":"2026-03-17T18:18:53","modified_gmt":"2026-03-17T18:18:53","slug":"jangan-buat-pembelian-panik-bekalan-makanan-negara-masih-stabil-mohamad-sabu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-buat-pembelian-panik-bekalan-makanan-negara-masih-stabil-mohamad-sabu\/","title":{"rendered":"Jangan buat pembelian panik, bekalan makanan negara masih stabil: Mohamad Sabu"},"content":{"rendered":"<p>Orang ramai diminta bertenang dan tidak melakukan pembelian panik susulan perkembangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran yang menimbulkan kebimbangan mengenai rantaian bekalan global.<\/p>\n<p>Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, bekalan makanan negara ketika ini masih mencukupi dan stabil sekurang-kurangnya sehingga Julai ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, orang ramai tidak perlu membeli barangan secara berlebihan kerana stok makanan di seluruh negara berada pada tahap selamat.<\/p>\n<p>\u201cSemua mencukupi. Semua macam biasa. Jangan beli panik. Kalau niat beli empat ekor, belilah empat ekor sahaja. Tak payahlah beli berlebihan kerana bekalan kita cukup sehingga Julai,\u201d katanya semasa menghadiri Majlis Penyerahan Dividen Pertubuhan Peladang Negeri dan Majlis Iftar anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).<\/p>\n<p>Mohamad menjelaskan, setakat ini keadaan bekalan makanan masih stabil di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan bekalan makanan stabil, insya-Allah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kalau ada kesan daripada perkembangan global, mungkin lebih kepada harga, tetapi dari segi bekalan barang ia masih mencukupi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan kementerian akan memantau situasi semasa dan membuat pengumuman dari semasa ke semasa, khususnya jika terdapat kesan daripada kenaikan harga bahan api atau gangguan rantaian bekalan global dalam tempoh beberapa bulan akan datang.<\/p>\n<p>\u201cKesan kenaikan harga mungkin hanya dapat dilihat dalam tiga hingga empat bulan lagi. Buat masa ini tiada perubahan, harga masih seperti biasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, harga ayam dan daging masih kekal pada kadar semasa kerana bekalan yang berada di pasaran ketika ini adalah stok yang telah disediakan lebih awal.<\/p>\n<p>Tambah beliau, sebarang pelarasan harga pada masa hadapan juga perlu mengambil kira pandangan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Kewangan Malaysia.<\/p>\n<p>Konflik geopolitik yang berlaku di Timur Tengah sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan global mengenai kestabilan harga tenaga dan makanan.<\/p>\n<p>Namun kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan makanan domestik masih terkawal dan rakyat tidak perlu membuat pembelian secara panik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai diminta bertenang dan tidak melakukan pembelian panik susulan perkembangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran yang menimbulkan kebimbangan mengenai rantaian bekalan global. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, bekalan makanan negara ketika ini masih mencukupi dan stabil sekurang-kurangnya sehingga Julai ini. Menurutnya, orang ramai tidak perlu membeli barangan secara berlebihan kerana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[582,294,3424,2345,3455,3454,583],"authors":[],"class_list":["post-8463","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-iran","tag-konflik","tag-menteri-pertanian-dan-keterjaminan-makanan","tag-mohamad-sabu","tag-panik","tag-pembelian","tag-perang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8463","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8463"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8463\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8465,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8463\/revisions\/8465"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8463"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8463"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8463"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8463"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}