{"id":8500,"date":"2026-03-20T08:06:18","date_gmt":"2026-03-20T08:06:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8500"},"modified":"2026-03-20T08:06:18","modified_gmt":"2026-03-20T08:06:18","slug":"subsidi-diesel-bersasar-untuk-tampung-ketirisan-sivamalar-pertahan-pelarasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/subsidi-diesel-bersasar-untuk-tampung-ketirisan-sivamalar-pertahan-pelarasan\/","title":{"rendered":"Subsidi diesel bersasar untuk tampung ketirisan, Sivamalar pertahan pelarasan"},"content":{"rendered":"<p>PKR mempertahankan pelaksanaan subsidi diesel bersasar sambil mengkritik kenyataan pembangkang yang disifatkan tidak menggambarkan realiti ekonomi semasa.<\/p>\n<p>Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy berkata kenyataan itu dilihat mengulangi pendekatan lama tanpa mengambil kira keperluan reformasi subsidi bagi menjamin kedudukan kewangan negara yang lebih mampan.<\/p>\n<p>Menurutnya, sistem subsidi sebelum ini telah lama berdepan masalah ketirisan serius yang menelan berbilion ringgit setiap tahun.<\/p>\n<p>\u201cKetika mereka diberi mandat mentadbir, isu ketirisan ini dibiarkan berlarutan tanpa pembetulan yang tuntas.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan subsidi diesel secara bersasar penting untuk menutup ruang ketirisan serta memastikan bantuan hanya sampai kepada golongan yang benar-benar layak,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Isu subsidi bahan api kembali menjadi perhatian susulan langkah kerajaan menyusun semula pemberian subsidi, termasuk diesel, bagi mengurangkan beban fiskal negara.<\/p>\n<p>Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perbelanjaan subsidi meningkat ketara, dipengaruhi harga minyak global yang tidak menentu serta konflik geopolitik, termasuk di Asia Barat.<\/p>\n<p>Sivamalar menegaskan kebimbangan mengenai kenaikan harga diesel perlu dilihat secara menyeluruh, memandangkan kerajaan masih mengekalkan subsidi bagi sektor kritikal seperti logistik, pengangkutan awam dan pertanian.<\/p>\n<p>Selain itu, harga RON95 juga kekal rendah sekitar RM1.99 seliter sebagai perlindungan kepada majoriti rakyat.<\/p>\n<p>Dalam usaha mengurangkan kesan kos sara hidup, kerajaan turut mempercepatkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sebanyak RM1.3 bilion kepada lebih lima juta penerima menjelang Aidilfitri, di samping bantuan khas kepada penjawat awam, pesara dan golongan berkaitan institusi masjid.<\/p>\n<p>Mengulas cadangan supaya pelaksanaan subsidi diesel ditangguhkan, Sivamalar berkata langkah itu mungkin popular tetapi tidak menyelesaikan masalah asas.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya benar mahu membela rakyat, kemukakan pelan mitigasi yang jelas, menyeluruh dan berdaya laksana, bukan sekadar menimbulkan kebimbangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, pembangkang mencadangkan kenaikan harga diesel sebanyak 80 sen seliter ditangguhkan atau dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan tekanan kepada rakyat menjelang musim perayaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR mempertahankan pelaksanaan subsidi diesel bersasar sambil mengkritik kenyataan pembangkang yang disifatkan tidak menggambarkan realiti ekonomi semasa. Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy berkata kenyataan itu dilihat mengulangi pendekatan lama tanpa mengambil kira keperluan reformasi subsidi bagi menjamin kedudukan kewangan negara yang lebih mampan. Menurutnya, sistem subsidi sebelum ini telah lama berdepan masalah ketirisan serius [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8501,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[916,294,583,9,3467,296],"authors":[],"class_list":["post-8500","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-diesel","tag-konflik","tag-perang","tag-pkr","tag-sivamalar-genapathy","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8500","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8500"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8500\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8502,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8500\/revisions\/8502"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8501"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8500"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8500"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8500"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8500"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}