{"id":8505,"date":"2026-03-20T08:26:23","date_gmt":"2026-03-20T08:26:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8505"},"modified":"2026-03-20T08:26:23","modified_gmt":"2026-03-20T08:26:23","slug":"kerjasama-semua-pihak-penting-ketika-berdepan-krisis-harga-minyak-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerjasama-semua-pihak-penting-ketika-berdepan-krisis-harga-minyak-pmx\/","title":{"rendered":"Kerjasama semua pihak penting ketika berdepan krisis harga minyak: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya bersabar dan bekerjasama dalam menghadapi lonjakan harga bahan api yang melanda dunia ketika ini, susulan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi global.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, keadaan semasa bukan berpunca daripada kelemahan kerajaan, sebaliknya merupakan kesan langsung ketidaktentuan geopolitik antarabangsa yang turut menjejaskan bekalan tenaga di seluruh dunia.<\/p>\n<p>\u201cBukan salah kita. Ini masalah perang dunia. Masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang\u2026 patut semua pakat cari penyelesaian,\u201d katanya ketika berucap pada program Santai Akhir Ramadan bersama pimpinan komuniti di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, situasi ekonomi global kini berada dalam keadaan mencabar dan menuntut semua pihak, termasuk pembangkang, untuk memainkan peranan secara konstruktif.<\/p>\n<p>\u201cSatu dunia gawat sekarang\u2026 yang paling penting, sabar dan faham masalah ini,\u201d tambah beliau.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar turut menekankan kepentingan mengekalkan keharmonian kaum dalam negara, khususnya ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi dan ketidaktentuan keselamatan global.<\/p>\n<p>Beliau memberi amaran sebarang konflik dalaman boleh menjejaskan kestabilan negara serta memberi kesan besar kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita kena tahu negara kita ini aman. Bila ada gaduh-gaduh sikit pun, kena cepat cari jalan penyelesaian. Kalau mula bergaduh sahaja, hancur negara, ekonomi habis,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau memaklumkan kerajaan telah mengarahkan pihak berkuasa termasuk polis untuk bertindak segera terhadap sebarang insiden yang berpotensi mencetuskan ketegangan.<\/p>\n<p>\u201cKalau nak kena tangkap, jangan tolak ansur sehingga keadaan tak terkawal,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama perlu terus mengamalkan sikap toleransi serta saling menghormati bagi memastikan keamanan berkekalan.<\/p>\n<p>\u201cMana-mana negara yang ada pelbagai kaum dan agama boleh aman seperti ini. Tak puas hati itu biasa, tapi runding dengan baik. Jangan sampai negara jadi kacau,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, kenaikan harga bahan api global sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan konflik berpanjangan di Asia Barat yang mengganggu rantaian bekalan tenaga dunia, sekali gus memberi tekanan kepada banyak negara termasuk Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya bersabar dan bekerjasama dalam menghadapi lonjakan harga bahan api yang melanda dunia ketika ini, susulan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi global. Perdana Menteri berkata, keadaan semasa bukan berpunca daripada kelemahan kerajaan, sebaliknya merupakan kesan langsung ketidaktentuan geopolitik antarabangsa yang turut menjejaskan bekalan tenaga di seluruh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,916,675,582,294,74,583,18],"authors":[],"class_list":["post-8505","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-diesel","tag-harga-barang","tag-iran","tag-konflik","tag-minyak","tag-perang","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8505","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8505"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8505\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8506,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8505\/revisions\/8506"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8505"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8505"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8505"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8505"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}