{"id":8515,"date":"2026-03-23T09:00:05","date_gmt":"2026-03-23T09:00:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8515"},"modified":"2026-03-23T09:00:05","modified_gmt":"2026-03-23T09:00:05","slug":"pemimpin-lama-pkr-bidas-rafizi-gagal-laksana-janji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemimpin-lama-pkr-bidas-rafizi-gagal-laksana-janji\/","title":{"rendered":"Pemimpin lama PKR bidas Rafizi gagal laksana janji"},"content":{"rendered":"<p>Salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong melancarkan kritikan terbuka terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan mendakwa bekas Menteri Ekonomi itu sebagai antara menteri yang gagal memenuhi harapan rakyat sepanjang berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Menurut Lum Yong, sepanjang tempoh hampir tiga tahun sejak dilantik pada Disember 2022 hingga meletakkan jawatan pada Jun 2025, Rafizi didakwa tidak berjaya menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) serta gagal membawa perubahan ekonomi yang ketara.<\/p>\n<p>\u201cFormula beliau hanya sekadar sembang dan cakap besar. Apa yang dijanjikan tidak ditunaikan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Lum Yong turut mendakwa prestasi Rafizi lebih bersifat retorik berbanding pelaksanaan sebenar dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.<\/p>\n<p>Katanya, beberapa idea dan formula ekonomi yang pernah diumumkan juga tidak dilaksanakan sepenuhnya, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan beliau sebagai menteri.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menyentuh mengenai kritikan terbuka Rafizi terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang menurutnya tidak dibalas secara terbuka oleh presiden parti itu.<\/p>\n<p>\u201cApabila sokongan tidak lagi memihak kepadanya, beliau semakin lantang bersuara, sedangkan Perdana Menteri memilih untuk tidak memberi reaksi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga mempersoalkan kelayakan Rafizi untuk terus memainkan peranan dalam politik negara, dengan mendakwa Ahli Parlimen itu tidak menunjukkan ciri kepimpinan yang kukuh.<\/p>\n<p>\u201cBeliau tidak layak menjadi pemimpin yang setia kepada rakyat dan dilihat lebih mementingkan kepentingan sendiri,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kritikan terhadap Rafizi bukan kali pertama dilontarkan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, aktivis politik Faizan Mohd Nor turut menyifatkan beliau sebagai hipokrit susulan kenyataan yang dibuat terhadap beberapa syarikat korporat.<\/p>\n<p>Faizan mendakwa, sepanjang tempoh Rafizi memegang portfolio ekonomi, syarikat-syarikat yang kini dikritiknya itu sebenarnya terus menerima kontrak baharu atau sambungan kontrak jangka panjang.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Rafizi Ramli sebelum ini dilihat sebagai antara tokoh utama dalam PKR yang sering membawa naratif reformasi ekonomi dan ketelusan tadbir urus.<\/p>\n<p>Namun, perkembangan terkini menunjukkan beliau kini berdepan tekanan dan kritikan terbuka, termasuk daripada tokoh dalam parti sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong melancarkan kritikan terbuka terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan mendakwa bekas Menteri Ekonomi itu sebagai antara menteri yang gagal memenuhi harapan rakyat sepanjang berada dalam kerajaan. Menurut Lum Yong, sepanjang tempoh hampir tiga tahun sejak dilantik pada Disember 2022 hingga meletakkan jawatan pada Jun 2025, Rafizi didakwa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8516,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[174,3016,1759,205,3472,9,8],"authors":[],"class_list":["post-8515","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-formula","tag-gagal","tag-janji","tag-menteri","tag-ng-lum-yong","tag-pkr","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8515","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8515"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8515\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8517,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8515\/revisions\/8517"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8516"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8515"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8515"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8515"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8515"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}