{"id":8522,"date":"2026-03-23T09:14:14","date_gmt":"2026-03-23T09:14:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8522"},"modified":"2026-03-23T09:14:14","modified_gmt":"2026-03-23T09:14:14","slug":"cuaca-panas-melampau-penduduk-kedah-diminta-kurangkan-aktiviti-luar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/cuaca-panas-melampau-penduduk-kedah-diminta-kurangkan-aktiviti-luar\/","title":{"rendered":"Cuaca panas melampau: Penduduk kedah diminta kurangkan aktiviti luar"},"content":{"rendered":"<p>Penduduk di Kedah dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar rumah termasuk kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri susulan cuaca panas melampau yang sedang melanda negeri itu ketika ini.<\/p>\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, keadaan cuaca di negeri itu lebih panas berbanding kawasan lain berikutan ketiadaan hujan melebihi sebulan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan daerah Padang Terap kini berada pada tahap dua gelombang haba dengan suhu mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius.<\/p>\n<p>\u201cCuaca di Kedah panas berbanding negeri lain kerana kita tidak menerima hujan dalam tempoh lebih sebulan. Jadi, orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar rumah termasuk kunjung-mengunjung Aidilfitri atau aktiviti riadah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan risiko kesihatan seperti strok haba yang boleh berlaku akibat pendedahan berpanjangan kepada suhu tinggi.<\/p>\n<p>\u201cSaya bimbang orang ramai terdedah kepada suhu tinggi hingga boleh menyebabkan strok haba. Minum air kosong dengan banyak untuk kekal hidrasi dan elakkan minuman manis kerana ia boleh menyebabkan kita lebih cepat haus,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau juga berkata kepentingan mengelakkan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan cuaca kering dan panas.<\/p>\n<p>\u201cJangan lakukan pembakaran sampah secara tidak terkawal kerana cuaca kering boleh menyebabkan api merebak dengan cepat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Selain itu, Mansor turut menekankan isu bekalan air yang semakin meruncing apabila paras sungai dan empangan menunjukkan trend penurunan.<\/p>\n<p>\u201cAda kawasan berdepan masalah kekurangan air. Orang ramai perlu berjimat, simpan air secukupnya dan gunakan mengikut keperluan kerana ia penting untuk kelangsungan kehidupan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga, termasuk beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu.<\/p>\n<p>Fenomena cuaca panas ini dijangka berterusan dalam tempoh terdekat, sekali gus menuntut orang ramai agar lebih peka terhadap langkah keselamatan dan kesihatan diri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penduduk di Kedah dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar rumah termasuk kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri susulan cuaca panas melampau yang sedang melanda negeri itu ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, keadaan cuaca di negeri itu lebih panas berbanding kawasan lain berikutan ketiadaan hujan melebihi sebulan. Menurut beliau, data Jabatan Meteorologi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7305,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[391,3473,1101,392],"authors":[],"class_list":["post-8522","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cuaca","tag-haba","tag-metmalaysia","tag-panas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8522","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8522"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8522\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8523,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8522\/revisions\/8523"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7305"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8522"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8522"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8522"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8522"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}