{"id":8538,"date":"2026-03-25T11:44:39","date_gmt":"2026-03-25T11:44:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8538"},"modified":"2026-03-25T11:44:39","modified_gmt":"2026-03-25T11:44:39","slug":"ramanan-nafi-dakwaan-ada-kaitan-dengan-isu-rm9-5-juta-didedah-victor-chin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ramanan-nafi-dakwaan-ada-kaitan-dengan-isu-rm9-5-juta-didedah-victor-chin\/","title":{"rendered":"Ramanan nafi dakwaan ada kaitan dengan isu RM9.5 juta didedah Victor Chin"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden PKR, R Ramanan, menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan seorang ahli perniagaan, Victor Chin, dan menyifatkan tuduhan itu sebagai berniat mencemarkan imej parti serta kerajaan.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Sungai Buloh itu menegaskan langsung tidak mengenali Chin, apatah lagi mempunyai sebarang urusan kewangan dengannya.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak pernah bertemu dengannya, tidak mengenalinya dan tidak pernah bercakap dengannya. Bagaimana saya boleh menerima RM9.5 juta daripada seseorang yang saya tidak pernah jumpa?\u201d katanya semasa sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Kontroversi ini tercetus susulan dokumen setebal 40 muka surat yang didedahkan Chin, yang mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR meminta bayaran tunai RM10 juta bagi menyelesaikan isu perniagaannya.<\/p>\n<p>Chin turut mendakwa wujud seorang individu dikenali sebagai \u2018Mr R\u2019 yang didakwa menjadi orang tengah dalam sindiket pengambilalihan paksa syarikat, termasuk melibatkan NexG Bhd.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Ramanan mencabar Chin supaya mendedahkan identiti sebenar individu yang dimaksudkan.<\/p>\n<p>\u201cHanya Chin boleh jawab siapa \u2018Mr R\u2019 itu. Tetapi saya sedar ada pihak cuba mengaitkan saya. Kononnya berjuta-juta saham dipindahkan kepada saya, sedangkan hakikatnya saya tidak memiliki sebarang saham awam &#8211; sifar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan telah mengarahkan ketua ranting PKR di Sungai Buloh untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.<\/p>\n<p>Menurutnya, dakwaan yang berubah-ubah menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Chin.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini dia kata polis memburunya, kemudian melibatkan Bank Negara Malaysia, dan kini seorang Ahli Parlimen pula. Setiap hari ceritanya berbeza,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ramanan berkata langkah untuk tampil memberi penjelasan hari ini bagi mengelakkan kekeliruan serta sebarang cubaan memecahbelahkan parti.<\/p>\n<p>\u201cSebagai naib presiden, saya perlu bersuara untuk menghalang mana-mana pihak daripada merosakkan perpaduan parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata parti itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menyebarkan dakwaan tidak berasas. \u201c<\/p>\n<p>Dakwaan ini dibuat dengan niat tersembunyi, termasuk oleh individu yang terdesak untuk membersihkan diri daripada kesalahan sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden PKR, R Ramanan, menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan seorang ahli perniagaan, Victor Chin, dan menyifatkan tuduhan itu sebagai berniat mencemarkan imej parti serta kerajaan. Ahli Parlimen Sungai Buloh itu menegaskan langsung tidak mengenali Chin, apatah lagi mempunyai sebarang urusan kewangan dengannya. \u201cSaya tidak pernah bertemu dengannya, tidak mengenalinya dan tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8539,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3478,3316,9,98,24,21,3446],"authors":[],"class_list":["post-8538","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-9-5-juta","tag-mafia-korporat","tag-pkr","tag-ramanan","tag-rasuah","tag-sprm","tag-victor-chin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8538","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8538"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8538\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8540,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8538\/revisions\/8540"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8539"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8538"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8538"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8538"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8538"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}