{"id":8541,"date":"2026-03-25T11:52:31","date_gmt":"2026-03-25T11:52:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8541"},"modified":"2026-03-25T11:52:31","modified_gmt":"2026-03-25T11:52:31","slug":"jangan-ambil-mudah-soal-keselamatan-negara-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-ambil-mudah-soal-keselamatan-negara-anwar\/","title":{"rendered":"Jangan ambil mudah soal keselamatan negara: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memandang ringan isu keselamatan negara ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, khususnya konflik berpanjangan di Asia Barat.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menegaskan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia perlu sentiasa bersiap siaga dan tidak leka dengan keadaan aman dalam negara.<\/p>\n<p>\u201cPercayalah, jangan anggap ringan dan enteng isu keselamatan negara. Kesalahan paling besar sesebuah negara adalah apabila terlalu selesa sehingga wujud \u2018budaya kepuasan\u2019 yang membawa kepada kecuaian dalam menjamin keamanan,\u201d katanya sempena sambutan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perkembangan global menunjukkan tanda-tanda keterdesakan yang boleh memberi tempias kepada negara, justeru tahap kesiapsiagaan perlu dipertingkatkan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengarahkan Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail mengadakan perbincangan bersama kepimpinan PDRM bagi merangka strategi baharu demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.<\/p>\n<p>Padamasa sama, kerajaan telah mengadakan mesyuarat khas melibatkan Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara untuk memantau kesan ketegangan global terhadap aspek keselamatan dan ekonomi negara.<\/p>\n<p>Malaysia, katanya, kekal sebagai negara yang aman dan sedang pesat membangun, namun keadaan itu juga boleh mengundang perhatian pihak luar.<\/p>\n<p>\u201cIa memberi keselesaan kepada rakyat, tetapi dalam masa sama menimbulkan keresahan kepada pesaing atau musuh. Sebab itu kita mesti terus berwaspada,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Mengulas kebajikan anggota polis, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempercepat usaha menaik taraf perumahan dan fasiliti yang daif, selain meningkatkan peruntukan bagi kemudahan pasukan keselamatan.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan kepentingan integriti dalam pengurusan peruntukan tersebut serta mengarahkan penambahbaikan program latihan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam bagi meningkatkan profesionalisme anggota PDRM dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memandang ringan isu keselamatan negara ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, khususnya konflik berpanjangan di Asia Barat. Perdana Menteri menegaskan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia perlu sentiasa bersiap siaga dan tidak leka dengan keadaan aman dalam negara. \u201cPercayalah, jangan anggap ringan dan enteng isu keselamatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,3479,1117,131,43,18],"authors":[],"class_list":["post-8541","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-hari-polis","tag-keselamatan","tag-negara","tag-pdrm","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8541","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8541"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8541\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8542,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8541\/revisions\/8542"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8541"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8541"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8541"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8541"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}