{"id":8565,"date":"2026-03-26T04:02:00","date_gmt":"2026-03-26T04:02:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8565"},"modified":"2026-03-26T04:02:00","modified_gmt":"2026-03-26T04:02:00","slug":"ringgit-dijangka-terus-kukuh-sekitar-paras-rm3-85-hsbc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ringgit-dijangka-terus-kukuh-sekitar-paras-rm3-85-hsbc\/","title":{"rendered":"Ringgit dijangka terus kukuh sekitar paras RM3.85: HSBC"},"content":{"rendered":"<p>Ringgit menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila muncul sebagai antara mata wang Asia paling kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat setakat tahun ini, menurut laporan terbaharu HSBC.<\/p>\n<p>Perkembangan positif itu didorong beberapa faktor utama termasuk aliran keluar tukaran mata wang asing oleh syarikat, lebihan akaun semasa serta prospek pelaburan langsung asing yang kekal kukuh.<\/p>\n<p>HSBC menjangkakan momentum ini berterusan dengan kadar pertukaran USD\/MYR berpotensi menghampiri paras 3.85 menjelang akhir 2026.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, HSBC mengambil pendekatan berhati-hati dalam tempoh enam bulan akan datang, dengan menyifatkan nilai ringgit kini agak tinggi berbanding asas ekonomi selepas prestasi kukuh sebelum ini.<\/p>\n<p>Dari sudut ekonomi, Malaysia dijangka terus berkembang namun pada kadar lebih sederhana.<\/p>\n<p>Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan sekitar 4.5 peratus pada 2026 berbanding 4.9 peratus tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>\u201cPenggunaan domestik yang kukuh di samping perbelanjaan berterusan dalam infrastruktur dan pusat data serta peningkatan dalam sektor pelancongan terus menyokong pertumbuhan ekonomi di Malaysia pada 2026,\u201d kata Pakar Strategi Pelaburan Asia HSBC, Abhilash Narayan.<\/p>\n<p>Inflasi pula dilihat meningkat secara beransur susulan permintaan domestik yang tinggi, namun tekanan gaji kekal terkawal walaupun kadar pengangguran rendah.<\/p>\n<p>Keadaan ini mendorong jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar faedah pada 2.75 peratus sepanjang tahun ini, kecuali berlaku lonjakan berterusan harga minyak.<\/p>\n<p>Pada masa sama, risiko luaran seperti kenaikan harga tenaga dan konflik di Timur Tengah dikenal pasti sebagai cabaran jangka pendek kepada ekonomi negara.<\/p>\n<p>Namun, langkah dasar domestik termasuk subsidi bersasar dan kawalan harga dilihat membantu meredakan tekanan tersebut.<\/p>\n<p>Bagi pasaran saham tempatan, HSBC kekal neutral dalam tempoh terdekat walaupun prospek ekonomi dilihat positif berikutan sektor pertumbuhan utama seperti elektronik dan pusat data kurang diwakili dalam indeks tempatan.<\/p>\n<p>\u201cDalam persekitaran pasaran yang berubah pesat, kita perlu berhati-hati agar tidak terlalu terikut dengan sentimen melampau, sebaliknya memberi fokus kepada daya tahan untuk memastikan pulangan yang lebih stabil,\u201d kata Ketua Pegawai Pelaburan Global HSBC, Willem Sels.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila muncul sebagai antara mata wang Asia paling kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat setakat tahun ini, menurut laporan terbaharu HSBC. Perkembangan positif itu didorong beberapa faktor utama termasuk aliran keluar tukaran mata wang asing oleh syarikat, lebihan akaun semasa serta prospek pelaburan langsung asing yang kekal kukuh. HSBC menjangkakan momentum ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[68,3486,393,2525,394],"authors":[],"class_list":["post-8565","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ekonomi","tag-hsbc","tag-mata-wang","tag-ramalan","tag-ringgit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8565","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8565"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8565\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8566,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8565\/revisions\/8566"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8565"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8565"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8565"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8565"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}