{"id":8576,"date":"2026-03-26T13:47:39","date_gmt":"2026-03-26T13:47:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8576"},"modified":"2026-03-26T13:47:39","modified_gmt":"2026-03-26T13:47:39","slug":"subsidi-petrol-diesel-cecah-rm4-bilion-sebulan-mof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/subsidi-petrol-diesel-cecah-rm4-bilion-sebulan-mof\/","title":{"rendered":"Subsidi petrol, diesel cecah RM4 bilion sebulan: MOF"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menanggung subsidi petrol dan diesel yang dianggarkan mencecah sehingga RM4 bilion sebulan susulan kenaikan harga minyak mentah global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).<\/p>\n<p>Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan konflik berpanjangan di Asia Barat telah memberi tekanan kepada pasaran tenaga dunia, menyebabkan harga minyak mentah melepasi paras AS$100 setong.<\/p>\n<p>Perkembangan itu secara langsung meningkatkan beban kewangan negara untuk mengekalkan harga bahan api bersubsidi.<\/p>\n<p>\u201cDengan keputusan kerajaan mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter bagi kumpulan sasar, beban subsidi terus meningkat,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>MOF menjelaskan, berdasarkan harga minyak mentah sekitar AS$90 setong sebelum ini, subsidi petrol dan diesel dianggarkan sekitar RM3 bilion sebulan.<\/p>\n<p>Namun, peningkatan harga semasa menyebabkan kos tersebut melonjak kepada kira-kira RM4 bilion sebulan.<\/p>\n<p>Sebagai perbandingan, subsidi bagi RON95 dan diesel pada Januari 2026 hanya sekitar RM0.7 bilion, menunjukkan lonjakan ketara dalam tempoh singkat.<\/p>\n<p>Dalam usaha mengawal perbelanjaan, kerajaan mengumumkan pelarasan had kelayakan program BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa 1 April 2026.<\/p>\n<p>Langkah ini diambil susulan ketidaktentuan bekalan global, namun harga RON95 bersubsidi kekal tidak berubah.<\/p>\n<p>Menurut MOF, langkah tersebut bersifat sementara dan lebih bersasar bagi memastikan bekalan bahan api mencukupi tanpa menjejaskan majoriti rakyat.<\/p>\n<p>\u201cHampir 90 peratus pengguna menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, dengan purata sekitar 100 liter,\u201d jelas kenyataan itu lagi.<\/p>\n<p>Kerajaan turut mengekalkan had tambahan sehingga 800 liter sebulan bagi pengendali e-hailing, selain memperketat penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan dan penyalahgunaan subsidi.<\/p>\n<p>Program BUDI MADANI diperkenalkan sebagai pendekatan subsidi bersasar bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sejajar usaha kerajaan mengurus beban fiskal dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.<\/p>\n<p>MOF menegaskan kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia mengambil langkah tambahan bagi menjamin kestabilan bekalan tenaga negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menanggung subsidi petrol dan diesel yang dianggarkan mencecah sehingga RM4 bilion sebulan susulan kenaikan harga minyak mentah global, menurut Kementerian Kewangan (MOF). Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan konflik berpanjangan di Asia Barat telah memberi tekanan kepada pasaran tenaga dunia, menyebabkan harga minyak mentah melepasi paras AS$100 setong. Perkembangan itu secara langsung meningkatkan beban [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[582,74,482,76,296],"authors":[],"class_list":["post-8576","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-iran","tag-minyak","tag-mof","tag-petrol","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8576"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8577,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8576\/revisions\/8577"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8576"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}