{"id":8591,"date":"2026-03-27T05:03:53","date_gmt":"2026-03-27T05:03:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8591"},"modified":"2026-03-27T05:03:57","modified_gmt":"2026-03-27T05:03:57","slug":"penyelarasan-had-ron95-akmal-harap-tak-pinggir-10-peratus-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penyelarasan-had-ron95-akmal-harap-tak-pinggir-10-peratus-rakyat\/","title":{"rendered":"Penyelarasan had RON95: Akmal harap tak pinggir 10 peratus rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan kerajaan mengurangkan kuota subsidi petrol BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan menimbulkan kebimbangan terhadap nasib segelintir rakyat yang dijangka terkesan.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh, mengingatkan agar kerajaan tidak hanya melihat kepada angka majoriti semata-mata, sebaliknya memahami kesan sebenar terhadap golongan minoriti yang terlibat.<\/p>\n<p>Menurutnya, walaupun langkah itu dikatakan tidak menjejaskan 90 peratus rakyat, persoalan utama ialah siapa 10 peratus yang perlu menanggung kesannya.<\/p>\n<p>\u201cApabila PMX menyatakan 90 peratus tidak terjejas, kita perlu tanya secara jujur: siapa 10 peratus ini? Jangan kita selesa dengan angka kerana dalam politik, angka mungkin menenangkan pentadbiran tetapi tidak semestinya menenangkan kehidupan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penyelarasan sementara kuota BUDI95 itu berkuat kuasa 1 April sebagai langkah memastikan subsidi bahan api lebih bersasar.<\/p>\n<p>Keputusan tersebut dibuat susulan ketidaktentuan harga minyak global serta kesan konflik di Asia Barat terhadap ekonomi dunia.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Dr Akmal menjelaskan golongan yang terjejas bukanlah kelompok berada, sebaliknya rakyat biasa yang bergelut dengan kos hidup tinggi.<\/p>\n<p>Katanya, ramai dalam kalangan mereka tinggal di luar bandar kerana kos sewa di bandar yang mahal, lalu terpaksa berulang-alik jauh setiap hari.<\/p>\n<p>\u201cMereka ini \u2018real people\u2019. Ada yang jadi \u2018weekend husband\u2019 dan \u2018weekend wife\u2019, berulang-alik demi keluarga. Mereka bekerja keras bukan untuk hidup mewah, tetapi sekadar cukup,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan pengurangan 100 liter bukan sekadar angka kecil, tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan harian golongan tersebut.<\/p>\n<p>\u201c100 liter itu bukan kemewahan. Itu ruang bernafas. Bila ruang itu dipotong, kehidupan mereka akan jadi lebih sempit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Walaupun tidak menolak keperluan rasionalisasi subsidi, beliau menggesa kerajaan menyediakan mekanisme lebih fleksibel dan berempati bagi membantu mereka yang terkesan.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan soal majoriti atau minoriti, tetapi soal keadilan. Jangan kerana mereka kecil dalam statistik, kita terlepas pandang nasib mereka,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan kerajaan mengurangkan kuota subsidi petrol BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan menimbulkan kebimbangan terhadap nasib segelintir rakyat yang dijangka terkesan. Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh, mengingatkan agar kerajaan tidak hanya melihat kepada angka majoriti semata-mata, sebaliknya memahami kesan sebenar terhadap golongan minoriti yang terlibat. Menurutnya, walaupun langkah itu dikatakan tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,3031,582,171,18,555,296,146],"authors":[],"class_list":["post-8591","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-iran","tag-pemuda","tag-pmx","tag-ron95","tag-subsidi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8591","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8591"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8591\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8592,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8591\/revisions\/8592"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8591"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8591"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8591"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8591"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}