{"id":8593,"date":"2026-03-27T07:50:30","date_gmt":"2026-03-27T07:50:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8593"},"modified":"2026-03-27T07:50:30","modified_gmt":"2026-03-27T07:50:30","slug":"kerajaan-pilih-jalan-realistik-hadapi-krisis-tenaga-mahfuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-pilih-jalan-realistik-hadapi-krisis-tenaga-mahfuz\/","title":{"rendered":"Kerajaan pilih jalan realistik hadapi krisis tenaga: Mahfuz"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak popular dalam menangani krisis tenaga global demi memastikan kestabilan ekonomi negara dalam jangka panjang.<\/p>\n<p>Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar, berkata keputusan mengekalkan harga siling petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik membuktikan keutamaan kerajaan adalah melindungi rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan tidak mengambil jalan populis yang mungkin memberi kelegaan sementara tetapi mengundang risiko jangka panjang. Sebaliknya, pendekatan ini lebih bertanggungjawab dan berpandangan jauh,\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n<p>Beliau mengulas langkah kerajaan yang turut menyelaraskan subsidi bersasar petrol kepada 200 liter sebulan.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, jumlah itu ditetapkan berdasarkan data penggunaan sebenar rakyat.<\/p>\n<p>\u201cModel ini memastikan hampir 90 peratus rakyat tidak terjejas. Bantuan disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pengurangan kuota subsidi Budi95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April, susulan konflik berterusan di Asia Barat yang memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, harga runcit RON95 kekal pada RM1.99 seliter.<\/p>\n<p>Pada masa sama, kerajaan mengekalkan kuota 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing dan pekerja gig, mengambil kira keperluan operasi harian mereka.<\/p>\n<p>Sabah dan Sarawak pula terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM2.15 seliter walaupun harga pasaran meningkat.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mahfuz menyifatkan cadangan memperluaskan amalan kerja fleksibel seperti bekerja dari rumah sebagai langkah progresif yang mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif ini bukan sahaja membantu pekerja menjimatkan kos, malah meningkatkan kecekapan dan keseimbangan kehidupan-kerjaya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, krisis tenaga global yang tercetus akibat ketegangan geopolitik, termasuk konflik di Asia Barat, telah menyebabkan harga minyak dunia tidak menentu dan memberi tekanan kepada banyak negara, termasuk Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak popular dalam menangani krisis tenaga global demi memastikan kestabilan ekonomi negara dalam jangka panjang. Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar, berkata keputusan mengekalkan harga siling petrol RON95 pada RM1.99 seliter walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik membuktikan keutamaan kerajaan adalah melindungi rakyat. \u201cKerajaan tidak mengambil jalan populis yang mungkin memberi kelegaan sementara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[275,585,753,74,555,3468],"authors":[],"class_list":["post-8593","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amanah","tag-krisis","tag-mahfuz","tag-minyak","tag-ron95","tag-tenaga"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8593","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8593"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8593\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8594,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8593\/revisions\/8594"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8593"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8593"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8593"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8593"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}