{"id":8597,"date":"2026-03-27T08:00:36","date_gmt":"2026-03-27T08:00:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8597"},"modified":"2026-03-27T08:00:46","modified_gmt":"2026-03-27T08:00:46","slug":"pm-panggil-semua-mb-dan-km-bagi-bincang-situasi-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pm-panggil-semua-mb-dan-km-bagi-bincang-situasi-ekonomi\/","title":{"rendered":"PM panggil semua MB dan KM bagi bincang situasi ekonomi"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka memanggil semua Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik minggu depan bagi menghadiri taklimat mengenai kedudukan semasa ekonomi negara susulan konflik di Asia Barat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, taklimat yang akan disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu penting bagi menilai kesan semasa serta menentukan langkah seterusnya, termasuk kemungkinan mengadakan sidang khas Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cKita akan terus adakan mesyuarat MTEN dan MKN. Minggu depan saya akan panggil semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk memaklumkan perkembangan kepada semua negeri, tanpa mengira parti,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan pemimpin semua parti politik akan dijemput untuk bersama-sama mendengar taklimat dan berbincang secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cSaya rancang panggil juga pemimpin semua parti untuk berunding dan mendengar sendiri taklimat MKN dan MTEN serta langkah-langkah yang harus kita ambil bersama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar menjelaskan berbincangan awal akan diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang sidang khas Parlimen diputuskan.<\/p>\n<p>\u201cKita bincang dulu dan bila sudah ada rancangan, barulah kita boleh bincang secara lebih konkrit dalam Parlimen,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Malaysia turut memainkan peranan di peringkat antarabangsa dengan mengadakan perbincangan bersama beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani; dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.<\/p>\n<p>\u201cTapi kita faham, kesan konflik ini dirasai seluruh dunia dari segi ekonomi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, MKN memaklumkan kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh dan terselaras bagi menangani impak ketidaktentuan global ini.<\/p>\n<p>Malaysia kekal dengan pendirian bahawa konflik di Asia Barat perlu diselesaikan melalui dialog dan diplomasi.<\/p>\n<p>Kerajaan menegaskan kerjasama antara negara adalah kunci utama untuk meredakan ketegangan serta memastikan kestabilan ekonomi dan keselamatan global terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka memanggil semua Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik minggu depan bagi menghadiri taklimat mengenai kedudukan semasa ekonomi negara susulan konflik di Asia Barat. Menurut beliau, taklimat yang akan disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu penting bagi menilai kesan semasa serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,68,582,1572,585,2427,583,18],"authors":[],"class_list":["post-8597","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-iran","tag-ketua-menteri","tag-krisis","tag-mb","tag-perang","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8597","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8597"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8597\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8598,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8597\/revisions\/8598"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8597"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8597"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8597"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8597"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}