{"id":8603,"date":"2026-03-28T06:04:00","date_gmt":"2026-03-28T06:04:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8603"},"modified":"2026-03-28T06:04:00","modified_gmt":"2026-03-28T06:04:00","slug":"takiyuddin-dakwa-ada-bukti-mic-mohon-sertai-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/takiyuddin-dakwa-ada-bukti-mic-mohon-sertai-pn\/","title":{"rendered":"Takiyuddin dakwa ada bukti MIC mohon sertai PN"},"content":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa MIC pernah membuat permohonan rasmi untuk menyertai gabungan itu, sekali gus menafikan dakwaan tidak pernah berbuat demikian.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata, permohonan tersebut dihantar melalui surat bertarikh 15 November tahun lalu oleh Presiden MIC kepada Pengerusi PN ketika itu, Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Menurutnya, permohonan itu telah diteliti dan dibincangkan sebelum PN bersetuju menerima MIC sebagai parti komponen pada Disember lalu.<\/p>\n<p>\u201cMIC antara pengasas PN, namun kerana mereka kekal dalam BN sebelum ini, mereka memohon untuk kembali menyertai PN,\u201d katanya dipetik laporan media semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan.<\/p>\n<p>Takiyuddin turut menegaskan pihaknya mempunyai bukti jelas berhubung permohonan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cHari ini saya jelaskan, kita ada bukti surat permohonan yang dihantar oleh MIC. Jika mereka kata tidak pernah memohon, sila buktikan kerana dokumen itu ada pada kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, kemasukan MIC ke dalam PN turut diluluskan secara rasmi dalam mesyuarat gabungan itu pada 14 Mac lalu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, selepas PN mengeluarkan surat tawaran rasmi, MIC dilaporkan membuat keputusan untuk tidak menyertai gabungan tersebut selepas mesyuarat dalaman mereka pada 25 Mac.<\/p>\n<p>\u201cKalau tidak mahu terima, tiada masalah. PN bukan parti untuk dijual atau hotel. Sesiapa yang mahu sertai perlu memohon,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata keputusan MIC itu tidak memberi kesan besar kepada PN.<\/p>\n<p>\u201cMereka hanya ada satu kerusi Parlimen, bukan 10. PN dengan parti sedia ada sudah mencukupi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Surat yang ditandatangani Presiden MIC itu turut mengandungi beberapa persoalan termasuk status kemasukan semula, jawatan kepimpinan dalam PN dan hala tuju agenda untuk masyarakat India.<\/p>\n<p>Sebelum ini, MIC memutuskan untuk kekal bersama Barisan Nasional (BN) buat masa ini, meskipun pernah membuka ruang untuk bekerjasama dengan PN ketika kepimpinan terdahulu gabungan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa MIC pernah membuat permohonan rasmi untuk menyertai gabungan itu, sekali gus menafikan dakwaan tidak pernah berbuat demikian. Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata, permohonan tersebut dihantar melalui surat bertarikh 15 November tahun lalu oleh Presiden MIC kepada Pengerusi PN ketika itu, Muhyiddin Yassin. Menurutnya, permohonan itu telah diteliti dan dibincangkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8510,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,240,159,377,126,541,2294],"authors":[],"class_list":["post-8603","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-gabungan","tag-masuk","tag-mic","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-takiyuddin-hassan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8603","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8603"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8603\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8604,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8603\/revisions\/8604"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8603"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8603"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8603"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8603"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}