{"id":8625,"date":"2026-03-28T12:42:51","date_gmt":"2026-03-28T12:42:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8625"},"modified":"2026-03-28T12:42:51","modified_gmt":"2026-03-28T12:42:51","slug":"akmal-cadang-potong-gaji-wakil-rakyat-kongsi-bersama-kesusahan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-cadang-potong-gaji-wakil-rakyat-kongsi-bersama-kesusahan-rakyat\/","title":{"rendered":"Akmal cadang potong gaji wakil rakyat, kongsi bersama kesusahan rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan supaya kerajaan memotong gaji Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) susulan kebimbangan terhadap kesan penyelarasan subsidi petrol RON95 kepada rakyat.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO itu berkata langkah itu wajar dipertimbangkan supaya wakil rakyat dari kerajaan dan pembangkang sama-sama merasai tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi orang ramai.<\/p>\n<p>Menurut beliau, rakyat sebenarnya telah lama mengamalkan perbelanjaan berhemah, malah keadaan menjadi lebih mencabar apabila had kelayakan subsidi BUDI95 dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April ini.<\/p>\n<p>\u201cKita minta rakyat berjimat cermat, sedangkan sebelum subsidi dipotong pun mereka sudah hidup berjimat. Bayangkan selepas pengurangan ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan majoriti rakyat tidak akan terjejas kerana sekitar 90 peratus pengguna hanya menggunakan kira-kira 100 liter petrol sebulan.<\/p>\n<p>Saifuddin menjelaskan, penyelarasan itu adalah langkah seimbang bagi memastikan subsidi terus disasarkan kepada golongan layak tanpa menjejaskan kedudukan kewangan negara.<\/p>\n<p>Katanya, tekanan global termasuk kenaikan harga minyak mentah melebihi AS$100 setong memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.<\/p>\n<p>\u201cDi Hong Kong, harga petrol mencecah sekitar RM14 seliter dan di Singapura sekitar RM10 seliter. Ini realiti global yang kita hadapi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan kerajaan tetap mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga pasaran sebenar dianggarkan sekitar RM3.87 seliter.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan keputusan mudah, tetapi bukti komitmen kerajaan untuk melindungi rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Namun, Akmal berpandangan kesan sebenar di peringkat rakyat tidak boleh diukur hanya melalui angka semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cMungkin bagi sesetengah pihak jumlah itu kecil, tetapi bagi orang lain, ia sangat besar dan memberi kesan ketara. Ada perbezaan antara angka di atas kertas dengan realiti kehidupan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu subsidi bahan api terus menjadi perdebatan hangat sejak kerajaan memperkenalkan pendekatan penyasaran bagi mengurangkan beban fiskal negara, dalam masa sama memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan supaya kerajaan memotong gaji Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) susulan kebimbangan terhadap kesan penyelarasan subsidi petrol RON95 kepada rakyat. Ketua Pemuda UMNO itu berkata langkah itu wajar dipertimbangkan supaya wakil rakyat dari kerajaan dan pembangkang sama-sama merasai tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi orang ramai. Menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[107,120,374,285,171,3499,146],"authors":[],"class_list":["post-8625","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen","tag-akmal-saleh","tag-kerajaan","tag-madani","tag-pemuda","tag-potong-gaji","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8625","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8625"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8625\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8626,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8625\/revisions\/8626"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8625"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8625"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8625"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8625"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}