{"id":8644,"date":"2026-03-30T06:50:34","date_gmt":"2026-03-30T06:50:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8644"},"modified":"2026-03-30T06:50:34","modified_gmt":"2026-03-30T06:50:34","slug":"papagomo-didenda-rm4000-kes-hasutan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/papagomo-didenda-rm4000-kes-hasutan\/","title":{"rendered":"Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghasut yang menyentuh institusi Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.<\/p>\n<p>Menurutnya, mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan sebelum membuat keputusan.<\/p>\n<p>\u201cTertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan ini. Sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjara selama empat bulan,\u201d katanya ketika membacakan penghakiman.<\/p>\n<p>Dalam rayuannya, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memohon agar anak guamnya hanya dikenakan hukuman denda tanpa penjara. Beliau menegaskan Wan Muhammad Azri memberi kerjasama penuh sepanjang prosiding berlangsung.<\/p>\n<p>\u201cDia tidak pernah gagal melapor diri dan mempunyai tanggungan lima anak perempuan termasuk seorang anak istimewa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan pengadu dalam kes tersebut telah menarik balik laporan selain mendakwa kenyataan dibuat tidak mencetuskan sebarang kekacauan.<\/p>\n<p>Namun, pihak pendakwaan menegaskan hukuman lebih tegas wajar dikenakan memandangkan kesalahan itu melibatkan penghinaan terhadap institusi diraja.<\/p>\n<p>\u201cTertuduh menggunakan kata-kata kesat yang menghina dan merendah-rendahkan Agong. Sebagai bekas anggota polis, dia sepatutnya sedar implikasi tindakannya,\u201d kata Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman.<\/p>\n<p>Kes ini berpunca daripada satu hantaran di platform X pada April 2024 yang menyentuh isu melibatkan pemilik KK Supermart yang menghadap Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Hantaran itu didakwa mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi diraja.<\/p>\n<p>Wan Muhammad Azri sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat mengikut Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Sepanjang perbicaraan, tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala tertuduh tampil sebagai satu-satunya saksi bagi pihak pembelaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghasut yang menyentuh institusi Yang di-Pertuan Agong. Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes. Menurutnya, mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2829,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[265,515,3509,58,1466,1467],"authors":[],"class_list":["post-8644","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agong","tag-hasutan","tag-kk-mart","tag-mahkamah","tag-papagomo","tag-wan-azri-wan-deris"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8644","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8644"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8644\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8645,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8644\/revisions\/8645"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2829"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8644"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8644"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8644"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8644"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}