{"id":8677,"date":"2026-03-31T06:27:21","date_gmt":"2026-03-31T06:27:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8677"},"modified":"2026-03-31T06:27:21","modified_gmt":"2026-03-31T06:27:21","slug":"pkr-sarawak-bidas-rafizi-sebagai-liabiliti-kepada-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-sarawak-bidas-rafizi-sebagai-liabiliti-kepada-parti\/","title":{"rendered":"PKR Sarawak bidas Rafizi sebagai \u2018liabiliti\u2019 kepada parti"},"content":{"rendered":"<p>Ketegangan dalaman PKR kembali memuncak apabila kepimpinan PKR Sarawak menyifatkan Rafizi Ramli sebagai \u201cliabiliti terbesar\u201d kepada perjuangan reformasi parti itu.<\/p>\n<p>Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Mahmud Epah berkata, kenyataan dan tindakan terbuka Rafizi kebelakangan ini tidak boleh lagi dipandang ringan kerana didakwa menjejaskan imej parti serta menggugat usaha reformasi yang diperjuangkan sejak sekian lama.<\/p>\n<p>\u201cMaruah parti tidak boleh terus digadaikan dengan polemik yang dicetuskan oleh individu yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya punca masalah,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa tindakan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengkritik parti secara terbuka boleh dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan kepercayaan akar umbi.<\/p>\n<p>\u201cTindakan memburukkan imej parti dan pimpinan secara terbuka adalah satu bentuk pengkhianatan. Segala ruang demokrasi dalam parti telah tersedia, namun memilih jalan konfrontasi hanya memberi peluru kepada musuh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Mahmud menggesa Rafizi menghentikan tindakan yang dilihat sebagai sabotaj terhadap parti.<\/p>\n<p>Malah, beliau turut mencadangkan agar Rafizi meninggalkan PKR sekiranya tidak lagi sehaluan dengan hala tuju parti.<\/p>\n<p>\u201cJika beliau merasakan prinsipnya tidak lagi seiring dengan parti, adalah lebih bermaruah untuk beliau keluar. Kita tidak perlukan pimpinan yang menjadi beban kepada kelangsungan parti,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau menegaskan konflik dalaman yang berlarutan berpotensi menghakis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti PKR sebagai tunjang kepada Kerajaan Madani.<\/p>\n<p>Mahmud menegaskan bahawa tiada mana-mana individu yang lebih besar daripada parti dan perjuangan reformasi.<\/p>\n<p>\u201cFokus kita adalah membina negara, dan sesiapa yang menjadi penghalang kepada usaha ini akan ditentang habis-habisan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketegangan dalaman PKR kembali memuncak apabila kepimpinan PKR Sarawak menyifatkan Rafizi Ramli sebagai \u201cliabiliti terbesar\u201d kepada perjuangan reformasi parti itu. Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Mahmud Epah berkata, kenyataan dan tindakan terbuka Rafizi kebelakangan ini tidak boleh lagi dipandang ringan kerana didakwa menjejaskan imej parti serta menggugat usaha reformasi yang diperjuangkan sejak sekian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":185,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[886,2958,3512,3513,9,8,24,158,21],"authors":[],"class_list":["post-8677","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-disiplin","tag-liabiliti","tag-mahmud-epah","tag-mpn-negeri-sarawak","tag-pkr","tag-rafizi","tag-rasuah","tag-sarawak","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8677","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8677"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8677\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8678,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8677\/revisions\/8678"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8677"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8677"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8677"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8677"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}