{"id":8685,"date":"2026-03-31T06:37:43","date_gmt":"2026-03-31T06:37:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8685"},"modified":"2026-03-31T06:37:43","modified_gmt":"2026-03-31T06:37:43","slug":"spm-2025-catat-prestasi-terbaik-bukti-ketahanan-pelajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/spm-2025-catat-prestasi-terbaik-bukti-ketahanan-pelajar\/","title":{"rendered":"SPM 2025 catat prestasi terbaik, bukti ketahanan pelajar"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun, sekali gus membuktikan ketahanan tinggi dalam kalangan pelajar walaupun mereka merupakan kohort pertama yang tidak menduduki peperiksaan utama seperti UPSR dan PT3.<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pencapaian tersebut menunjukkan pelajar masih mampu mengekalkan kecemerlangan walaupun melalui laluan pendidikan yang berbeza.<\/p>\n<p>\u201cSaya lihat ini satu generasi anak-anak yang sering dipersoalkan kerana mereka tidak menduduki sebarang peperiksaan sebelum ini, namun keputusan hari ini membuktikan daya tahan mereka cukup tinggi,\u201d katanya kepada pemberita selepas meraikan calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, kohort ini juga berdepan cabaran besar ketika pandemik Covid-19 apabila terpaksa mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran mereka.<\/p>\n<p>\u201cSecara keseluruhannya, mereka membuktikan bahawa ujian yang dilalui sebelum ini telah memberikan kekuatan untuk mencapai keputusan yang sangat baik hari ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Kementerian Pendidikan memaklumkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi SPM 2025 meningkat kepada 4.42 berbanding 4.49 pada tahun sebelumnya, menunjukkan pencapaian keseluruhan yang lebih baik.<\/p>\n<p>Seramai 13,779 calon turut memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.<\/p>\n<p>Fadhlina turut merakamkan penghargaan kepada warga pendidikan termasuk guru dan pihak sekolah yang memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pelajar melalui pelbagai inisiatif dan intervensi berterusan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sangat bangga dengan mereka kerana berjaya mengharungi pelbagai cabaran termasuk pandemik, dengan sokongan guru serta usaha berterusan kementerian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau berkata fokus kementerian selepas ini adalah meneruskan langkah intervensi serta dialog prestasi bagi memastikan kecemerlangan calon SPM dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa hadapan.<\/p>\n<p>Untuk rekod, pemansuhan UPSR dan PT3 sebelum ini merupakan sebahagian daripada perubahan sistem pentaksiran negara yang memberi penekanan kepada penilaian berterusan dan pembangunan holistik pelajar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun, sekali gus membuktikan ketahanan tinggi dalam kalangan pelajar walaupun mereka merupakan kohort pertama yang tidak menduduki peperiksaan utama seperti UPSR dan PT3. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pencapaian tersebut menunjukkan pelajar masih mampu mengekalkan kecemerlangan walaupun melalui laluan pendidikan yang berbeza. \u201cSaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[994,134,611,205,973,2083],"authors":[],"class_list":["post-8685","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-994","tag-fadhlina-sidek","tag-keputusan","tag-menteri","tag-pendidikan","tag-spm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8685","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8685"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8685\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8686,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8685\/revisions\/8686"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8685"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8685"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8685"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8685"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}