{"id":8691,"date":"2026-03-31T07:02:12","date_gmt":"2026-03-31T07:02:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8691"},"modified":"2026-03-31T07:02:12","modified_gmt":"2026-03-31T07:02:12","slug":"aplikasi-mcmc-nexus-mudahkan-ujian-kelajuan-internet-masa-nyata","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/aplikasi-mcmc-nexus-mudahkan-ujian-kelajuan-internet-masa-nyata\/","title":{"rendered":"Aplikasi MCMC Nexus mudahkan ujian kelajuan internet masa nyata"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan aplikasi mudah alih MCMC Nexus yang membolehkan pengguna mengukur kelajuan dan kualiti internet secara masa nyata. I<\/p>\n<p>Melalui aplikasi itu, data liputan rangkaian dikumpul secara terus dan dihantar kepada MCMC untuk dianalisis dengan semua maklumat berkaitan lokasi, masa dan koordinat digunakan sebagai panduan bagi menentukan kawasan yang memerlukan pencawang tambahan atau penambahbaikan rangkaian.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, inisiatif ini juga membantu kerajaan merancang pembangunan infrastruktur digital untuk memperkukuh ekosistem teknologi negara.<\/p>\n<p>\u201cJika sesuatu kawasan menerima banyak laporan berkaitan internet lemah, ia akan ditandakan dan tindakan susulan akan diambil terhadap syarikat telekomunikasi terbabit. Data yang dihantar melalui aplikasi ini juga akan disalurkan kepada penyedia perkhidmatan supaya penambahbaikan dapat dibuat segera.\u201d katanya selepas menyempurnakan pelancaran MCMC NEXUS hari ini.<\/p>\n<p>MCMC Nexus dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan teknikal MCMC dan membolehkan pengguna membuat ujian kelajuan muat turun, muat naik, ping, dan jitter untuk rangkaian 4G, 5G dan Wi-Fi, selaras dengan piawaian Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).<\/p>\n<p>Aplikasi ini turut menyediakan fungsi \u2018route survey\u2019 dan \u2018building survey\u2019 bagi merekodkan isyarat rangkaian sepanjang perjalanan pengguna dan di dalam bangunan, termasuk tingkat tertentu yang mungkin mempunyai capaian lemah.<\/p>\n<p>\u201cFungsi \u2018Speed Test\u2019 membolehkan pengguna menguji kelajuan internet mereka, manakala \u2018Route Survey\u2019 merakam isyarat sepanjang perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain. Fungsi \u2018Building Survey\u2019 pula menilai kekuatan liputan dalam bangunan, memastikan tiada kawasan yang tercicir,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Berhubung kebimbangan privasi, Nie Ching berkata pengguna tidak perlu risau kerana aplikasi ini tidak mengumpul maklumat peribadi dan ia hanya merekod data berkaitan rangkaian di sesuatu lokasi.<\/p>\n<p>Sejak Februari 2025, aplikasi ini mencatatkan lebih 51,000 muat turun dengan kira-kira 168 juta titik data berjaya dikumpul di seluruh negara.<\/p>\n<p>Menurut Nie Ching, pencapaian liputan internet di premis berpenduduk kini mencapai 99.71 peratus, manakala kelajuan median jalur lebar mudah alih negara melepasi 147 Mbps, sekali gus melebihi sasaran 100 Mbps.<\/p>\n<p>Rangkaian 5G juga berkembang pesat dengan liputan 82.4 peratus oleh Digital Nasional Berhad dan 71.9 peratus oleh U Mobile.<\/p>\n<p>Beliau menekankan pengalaman sebenar pengguna sangat penting dalam menilai prestasi rangkaian.<\/p>\n<p>\u201cData prestasi rangkaian yang dikumpul melalui aplikasi ini membantu MCMC mengenal pasti kawasan liputan lemah dengan lebih tepat dan mempertingkatkan kualiti internet di seluruh negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan aplikasi mudah alih MCMC Nexus yang membolehkan pengguna mengukur kelajuan dan kualiti internet secara masa nyata. I Melalui aplikasi itu, data liputan rangkaian dikumpul secara terus dan dihantar kepada MCMC untuk dianalisis dengan semua maklumat berkaitan lokasi, masa dan koordinat digunakan sebagai panduan bagi menentukan kawasan yang memerlukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8692,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2881,186,16,3518,33,1816],"authors":[],"class_list":["post-8691","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aplikasi","tag-internet","tag-mcmc","tag-nexus","tag-teo-nie-ching","tag-timbalan-menteri-komunikasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8691","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8691"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8691\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8693,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8691\/revisions\/8693"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8692"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8691"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8691"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8691"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8691"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}