{"id":8718,"date":"2026-04-01T08:37:10","date_gmt":"2026-04-01T08:37:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8718"},"modified":"2026-04-01T08:38:38","modified_gmt":"2026-04-01T08:38:38","slug":"sprm-beri-dua-minggu-untuk-bekas-pegawai-rafizi-tampil-bantu-siasatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-beri-dua-minggu-untuk-bekas-pegawai-rafizi-tampil-bantu-siasatan\/","title":{"rendered":"SPRM beri dua minggu untuk bekas pegawai Rafizi tampil bantu siasatan"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh dua minggu kepada seorang individu dikenali sebagai James Chai untuk pulang dan membantu siasatan berkaitan kes melibatkan ARM ARM Holdings Plc.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan bekas pegawai Rafizi Ramli itu diperlukan bagi membantu siasatan kes yang sedang giat dijalankan dengan seramai 17 saksi sudah dirakam percakapan setakat ini.<\/p>\n<p>Mereka terdiri daripada pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).<\/p>\n<p>Selain itu, pelbagai dokumen penting seperti perjanjian dan dokumen sokongan turut diperoleh bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>SPRM turut menjangka akan memanggil lapan lagi saksi, termasuk individu yang berada di luar negara.<\/p>\n<p>Menurut SPRM, James Chai atau nama sebenarnya Chai Jin Shern dikenal pasti sebagai individu penting dalam kes berkenaan.<\/p>\n<p>Pada 4 Mac lalu, notis mengesan telah dikeluarkan bagi menjejaki beliau.<\/p>\n<p>\u201cSPRM memberi tempoh dua minggu kepada beliau untuk tampil membantu siasatan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Suruhanjaya itu turut menyatakan kesediaan untuk menanggung kos penerbangan James Chai pulang ke Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKami bersedia menanggung kos perjalanan bagi memastikan beliau dapat hadir memberikan keterangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, SPRM menerima surat daripada peguam James Chai bertarikh 9 Mac yang memaklumkan beliau tidak dapat hadir atas alasan kos penerbangan dan kekangan kerja.<\/p>\n<p>Susulan itu, SPRM memberi lanjutan masa melalui surat balas bertarikh 13 Mac untuk beliau hadir pada 31 Mac, namun tiada maklum balas diterima.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya beliau terus gagal hadir selepas dua kali lanjutan diberikan, tindakan lanjut akan dipertimbangkan,\u201d kata SPRM.<\/p>\n<p>Tambah kenyataan itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan mendapatkan kerjasama antarabangsa termasuk Interpol bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu terbabit.<\/p>\n<p>SPRM turut menegaskan semua individu yang dipanggil wajib memberi kerjasama.<\/p>\n<p>\u201cJika beliau merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan, tindakan sewajarnya adalah tampil memberi keterangan, bukannya membuat penjelasan di ruang awam tanpa hadir,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh dua minggu kepada seorang individu dikenali sebagai James Chai untuk pulang dan membantu siasatan berkaitan kes melibatkan ARM ARM Holdings Plc. Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan bekas pegawai Rafizi Ramli itu diperlukan bagi membantu siasatan kes yang sedang giat dijalankan dengan seramai 17 saksi sudah dirakam percakapan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6342,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3357,258,3525,8,23,21],"authors":[],"class_list":["post-8718","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-james-chai","tag-luar-negara","tag-pulang","tag-rafizi","tag-siasatan","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8718","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8718"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8718\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8721,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8718\/revisions\/8721"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8718"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8718"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8718"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8718"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}