{"id":8729,"date":"2026-04-01T08:48:52","date_gmt":"2026-04-01T08:48:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8729"},"modified":"2026-04-01T08:49:01","modified_gmt":"2026-04-01T08:49:01","slug":"85-peratus-isi-rumah-tidak-terjejas-besar-bil-elektrik-suruhajaya-tenaga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/85-peratus-isi-rumah-tidak-terjejas-besar-bil-elektrik-suruhajaya-tenaga\/","title":{"rendered":"85 peratus isi rumah tidak terjejas besar bil elektrik: Suruhajaya Tenaga"},"content":{"rendered":"<p>Kira-kira 85 peratus isi rumah di negara ini dijangka tidak mengalami kesan ketara terhadap bil elektrik walaupun berlaku tekanan kenaikan harga bahan api global susulan konflik di Asia Barat.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh berkata, keadaan itu disokong oleh struktur bekalan tenaga negara yang masih banyak bergantung kepada sumber domestik.<\/p>\n<p>\u201cSebahagian besar pengguna domestik akan kekal pada tahap bil yang stabil atau neutral,\u201d katanya dalam sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, sekitar 80 peratus kos gas asli untuk penjanaan elektrik masih ditetapkan melalui sumber domestik, sekali gus melindungi pengguna daripada turun naik harga pasaran dunia. Baki 20 peratus pula diimport dan terdedah kepada perubahan harga global.<\/p>\n<p>Menurutnya, krisis geopolitik yang berlarutan di Asia Barat kini memberi tekanan kepada pasaran tenaga dunia, khususnya gas asli dan arang batu.<\/p>\n<p>Namun, Malaysia masih mempunyai mekanisme kawalan untuk mengurangkan kesan langsung kepada pengguna.<\/p>\n<p>Sebagai langkah perlindungan, konsep Insentif Cekap Tenaga terus dikekalkan, dengan rebat bagi penggunaan sehingga 1,000 kilowatt jam dan kadar neutral bagi penggunaan sehingga 600 kilowatt jam.<\/p>\n<p>Pendekatan ini membantu mengekalkan kestabilan bil bagi majoriti isi rumah.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Siti Safinah mengingatkan pelarasan tarif elektrik dan gas tetap akan dibuat secara berkala bergantung kepada kos sebenar bahan api.<\/p>\n<p>\u201cJika kos meningkat, pelarasan akan dilaksanakan melalui mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhemah dalam penggunaan elektrik, terutama ketika cuaca panas yang dijangka meningkatkan penggunaan pendingin hawa.<\/p>\n<p>\u201cPermintaan elektrik biasanya meningkat ketika suhu tinggi, khususnya sekitar Mei,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Mengimbas pengalaman krisis tenaga global sebelum ini, termasuk konflik Rusia-Ukraine pada 2022, beliau berkata peningkatan penggunaan arang batu di peringkat global telah menyebabkan harga bahan api itu melonjak.<\/p>\n<p>Malaysia yang mengimport sepenuhnya arang batu juga tidak terkecuali daripada kesan tersebut.<\/p>\n<p>Ketika ini, kira-kira 65 peratus bekalan arang batu negara diperoleh dari Indonesia, diikuti Australia sebanyak 20 peratus, manakala selebihnya dari negara lain.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, ST menjangkakan sebarang kenaikan kos bahan api akan mula dirasai dalam sistem tenaga negara dalam masa terdekat, bergantung kepada perkembangan pasaran global dan keputusan kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kira-kira 85 peratus isi rumah di negara ini dijangka tidak mengalami kesan ketara terhadap bil elektrik walaupun berlaku tekanan kenaikan harga bahan api global susulan konflik di Asia Barat. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh berkata, keadaan itu disokong oleh struktur bekalan tenaga negara yang masih banyak bergantung kepada sumber domestik. \u201cSebahagian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1163,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3530,637,1180,638,294,583,3529,639],"authors":[],"class_list":["post-8729","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-arang-batu","tag-asia-barat","tag-bil","tag-elektrik","tag-konflik","tag-perang","tag-suruhanjaya-tenaga","tag-tnb"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8729","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8729"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8729\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8730,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8729\/revisions\/8730"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8729"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8729"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8729"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8729"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}