{"id":8753,"date":"2026-04-02T03:12:46","date_gmt":"2026-04-02T03:12:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8753"},"modified":"2026-04-02T03:12:46","modified_gmt":"2026-04-02T03:12:46","slug":"rafizi-kini-terima-balasan-jadi-dalang-langkah-kajang-faekah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-kini-terima-balasan-jadi-dalang-langkah-kajang-faekah\/","title":{"rendered":"Rafizi kini \u2018terima balasan\u2019 jadi dalang Langkah Kajang: Faekah"},"content":{"rendered":"<p>Bekas setiausaha politik Allahyarham Khalid Ibrahim, Faekah Husin mendakwa Rafizi Ramli kini berdepan \u201ckifarah\u201d susulan peranannya dalam Langkah Kajang yang mencetuskan krisis politik Selangor lebih sedekad lalu.<\/p>\n<p>Menurut Faekah, walaupun Rafizi tidak mengakui kesilapan, situasi yang dihadapinya kini dilihat seakan mengulangi nasib yang pernah dialami Khalid apabila diketepikan parti pada 2014.<\/p>\n<p>\u201cLangkah Kajang memang jijik tetapi ia tidak akan berlaku tanpa restu pucuk pimpinan, lebih-lebih lagi jika kepimpinan bersikap adil dan jujur,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau menambah, peristiwa itu telah mengubah persepsinya terhadap Rafizi dan menjadi titik hitam dalam sejarah PKR.<\/p>\n<p>\u201cSejujurnya, selepas Langkah Kajang, saya tidak lagi meletakkan harapan tinggi kepada beliau. Ia merupakan permulaan kepada pengkhianatan terhadap prinsip keadilan yang diperjuangkan sejak penubuhan parti pada 1999,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Langkah Kajang merujuk kepada strategi politik pada 2014 yang bertujuan menukar Menteri Besar Selangor ketika itu, Khalid Ibrahim, melalui pilihan raya kecil di Kajang.<\/p>\n<p>Krisis tersebut membawa kepada pemecatan Khalid daripada PKR pada 9 Ogos 2014 selepas beliau enggan meletak jawatan, sekali gus menjadikannya wakil rakyat bebas buat sementara waktu.<\/p>\n<p>Faekah turut mendakwa campur tangan dalam politik dalaman parti bukan perkara baharu, dengan mendakwa Khalid pernah ditekan supaya tidak bertanding jawatan timbalan presiden pada 2010 bagi memberi laluan kepada calon lain.<\/p>\n<p>\u201cSaya sebut perkara ini untuk menunjukkan percaturan seperti ini memang wujud dan diamalkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau berpandangan Khalid masih mampu mempertahankan rekod pentadbirannya ketika memimpin Selangor, berbanding Rafizi yang didakwa belum menunjukkan pencapaian besar.<\/p>\n<p>\u201cKedudukan Rafizi kini bergantung kepada langkah seterusnya, sama ada beliau akan berkompromi atau terus berpegang kepada prinsipnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Faekah menegaskan mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap perkembangan seterusnya, sambil menyifatkan situasi politik semasa sebagai sesuatu yang tidak menentu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas setiausaha politik Allahyarham Khalid Ibrahim, Faekah Husin mendakwa Rafizi Ramli kini berdepan \u201ckifarah\u201d susulan peranannya dalam Langkah Kajang yang mencetuskan krisis politik Selangor lebih sedekad lalu. Menurut Faekah, walaupun Rafizi tidak mengakui kesilapan, situasi yang dihadapinya kini dilihat seakan mengulangi nasib yang pernah dialami Khalid apabila diketepikan parti pada 2014. \u201cLangkah Kajang memang jijik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8754,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3536,3538,3537,2513,9,209],"authors":[],"class_list":["post-8753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-faekah-husin","tag-khalid-ibrahim","tag-langkah-kajang","tag-mb-selangor","tag-pkr","tag-rafizi-ramli"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8753"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8755,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8753\/revisions\/8755"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8754"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8753"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}