{"id":8761,"date":"2026-04-02T05:15:56","date_gmt":"2026-04-02T05:15:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8761"},"modified":"2026-04-02T05:15:56","modified_gmt":"2026-04-02T05:15:56","slug":"dunia-kini-dikuasai-hukum-rimba-keadilan-semakin-terpinggir-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dunia-kini-dikuasai-hukum-rimba-keadilan-semakin-terpinggir-anwar\/","title":{"rendered":"Dunia kini dikuasai \u2018hukum rimba\u2019, keadilan semakin terpinggir: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran dunia kini semakin menjurus kepada keadaan \u201chukum rimba\u201d apabila prinsip kedaulatan undang-undang dalam hubungan antarabangsa kian terhakis dan tidak lagi dihormati secara konsisten.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan keadilan global semakin dipinggirkan akibat pengaruh kuasa besar serta penguatkuasaan yang bersifat terpilih.<\/p>\n<p>\u201cKedaulatan undang-undang mesti kekal boleh diakses dan dikuatkuasakan secara sejagat. Integritinya adalah asas kepada sistem antarabangsa yang adil dan teratur,\u201d katanya berucap pada Persidangan Persatuan Pendidikan Undang-Undang Komanwel 2026 di Universiti Malaya hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, situasi semasa memperlihatkan ironi yang ketara apabila pihak yang selama ini lantang mempertahankan sistem berasaskan peraturan gagal mematuhinya.<\/p>\n<p>\u201cTerdapat hipokrasi yang terselindung. Saya akan pergi lebih jauh &#8211; satu penyelewengan nilai yang bersifat patologi, apabila penyokong kuat aturan antarabangsa bukan sahaja gagal mematuhi, malah menunjukkan penghinaan nyata terhadapnya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan prinsip tersebut tidak boleh digunakan secara selektif untuk melindungi pihak tertentu sambil menafikan hak pihak lain.<\/p>\n<p>\u201cKredibiliti kedaulatan undang-undang bergantung pada konsistensi. Kita tidak boleh berselindung atau menutup mata terhadap realiti ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar turut menyentuh cabaran baharu dalam bidang perundangan, khususnya perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dijangka mengubah landskap profesion guaman.<\/p>\n<p>\u201cMemandangkan kita berada di ambang perubahan besar, ruang perbincangan mesti dibuka tentang bagaimana undang-undang perlu berkembang seiring perubahan ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Amaran tersebut hadir ketika ketegangan geopolitik global semakin meningkat, termasuk konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada kestabilan serantau, keselamatan tenaga dan laluan perdagangan antarabangsa.<\/p>\n<p>Situasi ini sekali gus menguji sejauh mana komuniti antarabangsa benar-benar berpegang kepada prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran dunia kini semakin menjurus kepada keadaan \u201chukum rimba\u201d apabila prinsip kedaulatan undang-undang dalam hubungan antarabangsa kian terhakis dan tidak lagi dihormati secara konsisten. Anwar menegaskan keadilan global semakin dipinggirkan akibat pengaruh kuasa besar serta penguatkuasaan yang bersifat terpilih. \u201cKedaulatan undang-undang mesti kekal boleh diakses dan dikuatkuasakan secara sejagat. Integritinya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,646,582,583,3540,18,3539,402],"authors":[],"class_list":["post-8761","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-dunia","tag-iran","tag-perang","tag-persidangan-persatuan-pendidikan-undang-undang-komanwel","tag-pmx","tag-rimba","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8761","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8761"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8761\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8762,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8761\/revisions\/8762"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8761"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8761"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8761"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8761"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}