{"id":8791,"date":"2026-04-03T12:32:30","date_gmt":"2026-04-03T12:32:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8791"},"modified":"2026-04-03T12:32:30","modified_gmt":"2026-04-03T12:32:30","slug":"madani-mart-bukan-salinan-kedai-lama-bantu-rakyat-hadapi-kos-sara-hidup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/madani-mart-bukan-salinan-kedai-lama-bantu-rakyat-hadapi-kos-sara-hidup\/","title":{"rendered":"Madani Mart bukan salinan kedai lama, bantu rakyat hadapi kos sara hidup"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan Madani Mart bukan meniru model Kedai Rakyat 1Malaysia, sebaliknya memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih lestari tanpa melibatkan perbelanjaan modal kerajaan.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, dakwaan inisiatif itu sekadar \u201cmenyalin\u201d model lama adalah tidak tepat kerana terdapat perbezaan ketara dari segi pelaksanaan dan pembiayaan.<\/p>\n<p>\u201cKalau orang kata ini ambil model terdahulu, tidak. Model terdahulu kerajaan keluar modal, buat renovasi, sediakan rak dan tanggung inventori hingga ratusan ribu ringgit bagi setiap outlet,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Madani Mart dilaksanakan melalui kerjasama dengan pengusaha yang diluluskan tanpa kos permulaan daripada kerajaan, sekali gus menjadikannya model menang-menang.<\/p>\n<p>\u201cDalam Madani Mart ini kerajaan tidak keluarkan modal. Jadi ia merupakan model yang memberi manfaat kepada semua pihak dan yang paling mendapat manfaat ialah rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, model Kedai Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan lebih sedekad lalu bertujuan menyediakan barangan keperluan pada harga rendah, namun dikritik kerana melibatkan kos operasi dan subsidi yang tinggi.<\/p>\n<p>Madani Mart pula dilihat sebagai pendekatan baharu kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup dengan kaedah lebih efisien.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Anwar Ibrahim merasmikan outlet pertama Madani Mart di Indera Mahkota dan turut menjadi pelanggan pertama membeli barangan di premis berkenaan.<\/p>\n<p>Fuziah berkata, kerajaan menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 outlet Madani Mart di seluruh negara dalam tempoh dua tahun, dengan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu premis.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan ini disokong oleh enam hab pengedaran utama dan akan menjadi langkah progresif untuk memperluaskan akses kepada barangan keperluan harian pada harga berpatutan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, permohonan untuk menjadi pengusaha dibuka kepada individu atau syarikat berdaftar yang mempunyai keupayaan operasi dan kewangan kukuh.<\/p>\n<p>Inisiatif di bawah Yayasan Madani itu bukan sekadar premis runcit, tetapi platform ekonomi komuniti yang menyokong usahawan tempatan sambil membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih mampu milik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan Madani Mart bukan meniru model Kedai Rakyat 1Malaysia, sebaliknya memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih lestari tanpa melibatkan perbelanjaan modal kerajaan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, dakwaan inisiatif itu sekadar \u201cmenyalin\u201d model lama adalah tidak tepat kerana terdapat perbezaan ketara dari segi pelaksanaan dan pembiayaan. \u201cKalau orang kata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8792,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,214,2863,3546,3547,428,3545,18,506],"authors":[],"class_list":["post-8791","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-fuziah","tag-indera-mahkota","tag-kedai","tag-kementerian-perdagangan-dalam-negeri-dan-kos-sara-hidup","tag-kpdn","tag-madani-mart","tag-pmx","tag-rakyat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8791","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8791"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8791\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8793,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8791\/revisions\/8793"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8792"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8791"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8791"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8791"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8791"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}