{"id":8801,"date":"2026-04-03T17:34:53","date_gmt":"2026-04-03T17:34:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8801"},"modified":"2026-04-03T17:34:53","modified_gmt":"2026-04-03T17:34:53","slug":"bekalan-minyak-negara-masih-stabil-import-tak-setinggi-negara-asean-lain","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekalan-minyak-negara-masih-stabil-import-tak-setinggi-negara-asean-lain\/","title":{"rendered":"Bekalan minyak negara masih stabil, import tak setinggi negara ASEAN lain"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi walaupun sebahagian import negara melalui Selat Hormuz, laluan strategik yang sering terdedah kepada ketegangan geopolitik global.<\/p>\n<p>Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata kira-kira 40 peratus import minyak mentah Malaysia melalui laluan tersebut, jauh lebih rendah berbanding hampir 90 peratus kebergantungan negara ASEAN lain.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia sudah lama menerima hakikat sebagai pengimport bersih minyak mentah sejak 2014 hingga 2015. Namun, kita masih mempunyai kelebihan kerana turut menjadi pengeksport tenaga bersih,\u201d katanya dipetik dalam program Bicara Naratif Khas terbitan RTM.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun menegaskan Malaysia tidak kebal daripada kesan kenaikan harga minyak global.<\/p>\n<p>\u201cTidak ada kemungkinan kita sebagai satu pasaran pengguna terlindung sepenuhnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dari sudut sejarah, Malaysia pernah menjadi pengeluar minyak mentah utama di rantau ini, dengan pengeluaran melebihi 700,000 tong sehari pada era 1990-an dan awal 2000-an.<\/p>\n<p>Namun, pengeluaran domestik kini merosot kepada sekitar 350,000 tong sehari berikutan faktor lapangan minyak matang yang semakin susut secara semula jadi.<\/p>\n<p>Pada masa sama, keperluan penapisan minyak negara kekal tinggi.<\/p>\n<p>Petronas memerlukan kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari untuk memenuhi permintaan bahan api tempatan, sekali gus mewujudkan jurang bekalan yang perlu ditampung melalui import.<\/p>\n<p>Menurut Tengku Muhammad Taufik, hampir separuh daripada keperluan itu kini diperoleh dari luar negara, dengan sebahagian besar penghantaran melalui Selat Hormuz.<\/p>\n<p>\u201cMemang kita sedar pengeluaran minyak mentah domestik semakin berkurangan. Usaha penerokaan dan cari gali masih diteruskan bersama rakan industri, namun kebanyakan penemuan baharu adalah gas asli,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Situasi ini mencerminkan peralihan landskap tenaga negara, di mana Malaysia semakin bergantung kepada sumber gas asli, selain terus menyesuaikan strategi bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi walaupun sebahagian import negara melalui Selat Hormuz, laluan strategik yang sering terdedah kepada ketegangan geopolitik global. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata kira-kira 40 peratus import minyak mentah Malaysia melalui laluan tersebut, jauh lebih rendah berbanding hampir 90 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8546,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3423,75,582,74,583,434,3476,1981],"authors":[],"class_list":["post-8801","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bekalan","tag-harga","tag-iran","tag-minyak","tag-perang","tag-petronas","tag-selat-hormuz","tag-tengku-muhammad-taufik-tengku-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8801","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8801"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8801\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8802,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8801\/revisions\/8802"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8546"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8801"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8801"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8801"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8801"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}