{"id":8833,"date":"2026-04-05T05:13:23","date_gmt":"2026-04-05T05:13:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8833"},"modified":"2026-04-05T05:13:23","modified_gmt":"2026-04-05T05:13:23","slug":"himpunan-bantah-harga-minyak-tak-selesaikan-kos-sara-hidup-amk-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/himpunan-bantah-harga-minyak-tak-selesaikan-kos-sara-hidup-amk-johor\/","title":{"rendered":"Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor"},"content":{"rendered":"<p>Himpunan membantah kenaikan harga bahan api yang dianjurkan pembangkang disifatkan tidak membawa penyelesaian kepada isu kos sara hidup yang sedang menghimpit rakyat ketika ini.<\/p>\n<p>Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Faezuddin Puad berkata, tekanan kenaikan harga bahan api bukan hanya berlaku di Malaysia, malah merupakan fenomena global yang turut menjejaskan banyak negara termasuk pengeluar minyak.<\/p>\n<p>Menurut beliau, beberapa syarikat tenaga antarabangsa seperti Saudi Aramco dan Sonatrach dilaporkan telah menaikkan harga rasmi gas petroleum cecair (LPG) antara 38 hingga 80 peratus.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ini bukan unik kepada Malaysia. Negara ASEAN juga berdepan cabaran sama apabila Filipina mengisytiharkan darurat tenaga, manakala Thailand, Indonesia dan Singapura melaksanakan pelarasan harga bahan api masing-masing,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, kenaikan harga tenaga global sejak beberapa tahun kebelakangan ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19 yang meningkatkan permintaan tenaga secara mendadak.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Faezuddin mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan himpunan bantahan yang menurutnya tidak menawarkan jalan penyelesaian sebenar.<\/p>\n<p>\u201cMasyarakat tidak perlu membuang masa menghadiri himpunan seperti ini kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya menjadi pentas pihak tertentu menunggang kemarahan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengkritik pembangkang yang didakwa gagal mengemukakan cadangan alternatif yang konkrit bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya, sehingga hari ini tiada satu pun cadangan serius yang dikemukakan untuk menangani krisis ini secara menyeluruh,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Isu kenaikan harga bahan api terus menjadi perhatian ramai susulan kesannya terhadap harga barangan dan perkhidmatan, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap perbelanjaan harian rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Himpunan membantah kenaikan harga bahan api yang dianjurkan pembangkang disifatkan tidak membawa penyelesaian kepada isu kos sara hidup yang sedang menghimpit rakyat ketika ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Faezuddin Puad berkata, tekanan kenaikan harga bahan api bukan hanya berlaku di Malaysia, malah merupakan fenomena global yang turut menjejaskan banyak negara termasuk pengeluar minyak. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7221,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,3072,645,236,630,9],"authors":[],"class_list":["post-8833","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-faezuddin-puad","tag-harga-minyak","tag-himpunan","tag-johor","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8833","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8833"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8833\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8834,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8833\/revisions\/8834"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7221"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8833"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8833"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8833"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8833"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}