{"id":8839,"date":"2026-04-05T05:20:22","date_gmt":"2026-04-05T05:20:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8839"},"modified":"2026-04-05T05:20:22","modified_gmt":"2026-04-05T05:20:22","slug":"subsidi-diesel-melonjak-tiga-kali-ganda-selepas-krisis-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/subsidi-diesel-melonjak-tiga-kali-ganda-selepas-krisis-global\/","title":{"rendered":"Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global"},"content":{"rendered":"<p>Perbelanjaan subsidi diesel negara melonjak mendadak kepada RM2.2 bilion sebulan, meningkat tiga kali ganda berbanding hanya sekitar RM700 juta sebelum ini, susulan kenaikan ketara harga bahan api itu di pasaran global.<\/p>\n<p>Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata, peningkatan itu memberi tekanan besar kepada kewangan kerajaan, terutama dalam memastikan kelangsungan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang diperkenalkan bagi mengawal ketirisan dan memastikan subsidi sampai kepada golongan sasaran.<\/p>\n<p>\u201cBayangkan sebelum ini kerajaan hanya membelanjakan kira-kira RM700 juta sebulan, tetapi kini meningkat kepada RM2.2 bilion.<\/p>\n<p>\u201cSecara keseluruhan, unjuran subsidi tenaga mencecah RM7 bilion sebulan,\u201d katanya ketika menghadiri taklimat penguatkuasaan Ops Tiris 4.0.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan lonjakan itu berkait rapat dengan kenaikan harga diesel dunia yang meningkat daripada sekitar AS$93 setong pada Februari kepada AS$239 setong pada penghujung Mac, iaitu peningkatan kira-kira 158 peratus dalam tempoh singkat.<\/p>\n<p>Untuk rekod, SKDS dilaksanakan sejak Jun 2024 sebagai sebahagian usaha kerajaan menstruktur semula subsidi bahan api agar lebih bersasar, khususnya kepada sektor pengangkutan darat awam dan barangan.<\/p>\n<p>Sepanjang tahun lalu sahaja, kerajaan membelanjakan RM3.45 bilion untuk pelaksanaan sistem itu, dengan sebahagian besar disalurkan kepada sektor pengangkutan barangan.<\/p>\n<p>Sehingga 30 Mac 2026, sebanyak 150,755 syarikat dan entiti telah diluluskan di bawah SKDS, melibatkan lebih 368,000 kenderaan di seluruh negara.<\/p>\n<p>Majoritinya adalah kenderaan pengangkutan barangan yang menyumbang sekitar 93 peratus daripada jumlah keseluruhan.<\/p>\n<p>Armizan turut menegaskan kerajaan akan terus memperketat pemantauan bagi mengelakkan penyelewengan.<\/p>\n<p>\u201cPenguatkuasaan akan diperkukuh supaya pelaksanaan subsidi ini telus, berintegriti dan bebas daripada ketirisan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menggesa syarikat yang layak tetapi belum memohon supaya segera berbuat demikian melalui saluran rasmi, sambil menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan dasar subsidi dilaksanakan secara adil dan berkesan demi kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perbelanjaan subsidi diesel negara melonjak mendadak kepada RM2.2 bilion sebulan, meningkat tiga kali ganda berbanding hanya sekitar RM700 juta sebelum ini, susulan kenaikan ketara harga bahan api itu di pasaran global. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata, peningkatan itu memberi tekanan besar kepada kewangan kerajaan, terutama dalam memastikan kelangsungan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,427,916,582,428,585,74,18,296],"authors":[],"class_list":["post-8839","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-armizan-mohd-ali","tag-diesel","tag-iran","tag-kpdn","tag-krisis","tag-minyak","tag-pmx","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8839","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8839"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8839\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8840,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8839\/revisions\/8840"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8839"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8839"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8839"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8839"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}