{"id":8848,"date":"2026-04-05T08:54:39","date_gmt":"2026-04-05T08:54:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8848"},"modified":"2026-04-05T08:54:39","modified_gmt":"2026-04-05T08:54:39","slug":"jawatan-ketua-pembangkang-masih-tergantung-muhyiddin-desak-keputusan-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jawatan-ketua-pembangkang-masih-tergantung-muhyiddin-desak-keputusan-segera\/","title":{"rendered":"Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Bersdatu Muhyiddin Yassin meluahkan kekecewaan ekoran jawatan Ketua Pembangkang masih belum diisi secara rasmi, walaupun individu yang tidak lagi bersama parti dikatakan terus menggunakan kedudukan tersebut.<\/p>\n<p>Muhyiddin berkata, cadangan pelantikan sudah dikemukakan lebih awal, namun sehingga kini tiada keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>\u201cSudah tentu tidak wajar orang yang tidak layak masih berlegar-legar menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang,\u201d katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pagoh.<\/p>\n<p>Menurutnya, kekosongan jawatan itu sepatutnya diselesaikan segera tanpa perlu menunggu sidang Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cKalau sudah kosong, isi. Takkan tak ada calon. Jika sudah ada calon, tidak perlu menunggu Parlimen bersidang,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Muhyiddin turut mencadangkan supaya Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan mengemukakan nama calon kepada Speaker Dewan Rakyat bagi mempercepatkan proses pelantikan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan bahawa kelewatan itu boleh menjejaskan imej gabungan berkenaan di mata rakyat.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan hak mana-mana parti dalam PN. Ini hak PN secara keseluruhan. Bila ada keputusan, ia sepatutnya dilaksanakan segera,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menggesa Pengerusi PN yang baharu, Ahmad Samsuri Mokhtar bersama kepimpinan tertinggi lain memberi perhatian serius terhadap isu tersebut dan menyelesaikannya secepat mungkin.<\/p>\n<p>Sebelum ini, PN dilaporkan masih belum memuktamadkan pemilihan Ketua Pembangkang kerana beberapa proses dalaman yang perlu diselesaikan.<\/p>\n<p>Isu ini timbul susulan pemecatan Hamzah Zainuddin daripada Bersatu.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan desakan supaya jawatan Ketua Pembangkang dirombak kerana beliau tidak lagi mewakili mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Bersdatu Muhyiddin Yassin meluahkan kekecewaan ekoran jawatan Ketua Pembangkang masih belum diisi secara rasmi, walaupun individu yang tidak lagi bersama parti dikatakan terus menggunakan kedudukan tersebut. Muhyiddin berkata, cadangan pelantikan sudah dikemukakan lebih awal, namun sehingga kini tiada keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN). \u201cSudah tentu tidak wajar orang yang tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1775,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2857,1035,69,1847,735,1590,309,541],"authors":[],"class_list":["post-8848","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-samsuri-mokhtar","tag-hamzah-zainuddin","tag-jawatan","tag-ketua-pembangkang","tag-lantikan","tag-muhyiddin-yassin","tag-parlimen","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8848","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8848"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8848\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8849,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8848\/revisions\/8849"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8848"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8848"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8848"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8848"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}