{"id":8881,"date":"2026-04-06T06:17:03","date_gmt":"2026-04-06T06:17:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8881"},"modified":"2026-04-06T06:17:03","modified_gmt":"2026-04-06T06:17:03","slug":"pinjam-mykad-orang-lain-isi-petrol-boleh-dihukum-penjara-3-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pinjam-mykad-orang-lain-isi-petrol-boleh-dihukum-penjara-3-tahun\/","title":{"rendered":"Pinjam MyKad orang lain isi petrol boleh dihukum penjara 3 tahun"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menggunakan MyKad milik orang lain, termasuk ahli keluarga, untuk membeli petrol bersubsidi.<\/p>\n<p>Tindakan itu disifatkan sebagai kesalahan serius yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata MyKad ialah dokumen pengenalan diri rasmi yang hanya boleh digunakan oleh pemilik sah.<\/p>\n<p>\u201cPenggunaan atau pemilikan kad pengenalan orang lain adalah satu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, larangan itu selaras dengan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.<\/p>\n<p>Individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000, penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan semua urusan pembelian bahan api perlu dilakukan sendiri oleh pemegang MyKad.<\/p>\n<p>\u201cTindakan meminjamkan atau menyerahkan MyKad kepada pihak lain bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh membawa implikasi serius kepada pemilik kad,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Amaran itu dikeluarkan susulan beberapa kes penyalahgunaan MyKad bagi mendapatkan petrol bersubsidi.<\/p>\n<p>Terbaharu, satu kejadian dilaporkan di Tumpat, Kelantan apabila seorang suspek ditahan kerana dipercayai menggunakan MyKad milik empat individu untuk membeli lebih 100 liter petrol RON95.<\/p>\n<p>Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata kes tersebut kini dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan suspek turut disiasat di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959.<\/p>\n<p>Isu ini timbul ketika kerajaan memperketat kawalan terhadap penyaluran subsidi bahan api bagi memastikan ia hanya dinikmati oleh golongan yang layak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menggunakan MyKad milik orang lain, termasuk ahli keluarga, untuk membeli petrol bersubsidi. Tindakan itu disifatkan sebagai kesalahan serius yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun. Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata MyKad ialah dokumen pengenalan diri rasmi yang hanya boleh digunakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3594,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3480,1288,1799,74,1376,555,296],"authors":[],"class_list":["post-8881","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isi","tag-isu","tag-jpn","tag-minyak","tag-mykad","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8881","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8881"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8881\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8882,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8881\/revisions\/8882"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3594"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8881"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8881"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8881"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8881"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}