{"id":8924,"date":"2026-04-07T07:24:26","date_gmt":"2026-04-07T07:24:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8924"},"modified":"2026-04-07T07:24:26","modified_gmt":"2026-04-07T07:24:26","slug":"ekonomi-negara-kekal-kukuh-walau-dunia-bergolak-pakar-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ekonomi-negara-kekal-kukuh-walau-dunia-bergolak-pakar-ekonomi\/","title":{"rendered":"Ekonomi negara kekal kukuh walau dunia bergolak: Pakar Ekonomi"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia dijangka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global meskipun konflik geopolitik, khususnya di Asia Barat, semakin berpanjangan.<\/p>\n<p>Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli berkata, asas ekonomi negara yang kukuh ketika ini menjadi benteng utama daripada risiko kemelesetan yang melanda ekonomi global.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini kita boleh rumuskan tiada kemelesetan yang bakal tiba dan kita tidak melihat Malaysia akan mengalami kemelesetan pada tahun ini,\u201d katanya ketika berucap dalam forum Krisis Asia Barat: Implikasi Ekonomi, Apa Langkah Malaysia? anjuran MINDA-UKM.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sebagai sebuah ekonomi terbuka dengan tahap perdagangan melebihi 130 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia sememangnya terdedah kepada turun naik ekonomi global.<\/p>\n<p>Namun, prestasi negara masih disokong oleh kitaran pertumbuhan yang konsisten sejak krisis kewangan global 2008.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun ada tempoh pertumbuhan perlahan, itu tidak bermaksud ekonomi kita berada dalam kemelesetan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Dari segi unjuran, Bank Negara Malaysia menjangkakan ekonomi berkembang antara empat hingga lima peratus tahun ini, dipacu permintaan domestik yang stabil serta pelaburan berterusan.<\/p>\n<p>Prestasi ini menyusul pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, antara yang terbaik sejak 2022.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Firdaos mengingatkan pemulihan pasca pandemik Covid-19 lebih mencabar berbanding sebelum ini, dengan kitaran penurunan ekonomi dilihat lebih kerap.<\/p>\n<p>Di peringkat global, institusi seperti IMF dan OECD turut memberi amaran mengenai risiko pertumbuhan perlahan serta tekanan inflasi akibat kenaikan harga tenaga.<\/p>\n<p>Firdaos menjelaskan setiap peningkatan 10 peratus harga minyak boleh mengurangkan output global sehingga 0.2 mata peratusan.<\/p>\n<p>\u201cKita sedang melihat kesan berantai daripada kejutan tenaga kepada inflasi yang menjejaskan kos sara hidup,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Malaysia, katanya, mempunyai kelebihan sebagai pengeksport bersih tenaga seperti gas dan elektrik, namun masih bergantung kepada import minyak dan lebih 50 peratus bekalan makanan.<\/p>\n<p>Dalam jangka pendek, beliau mengenal pasti tiga risiko utama kepada ekonomi negara iaitu kejutan eksport, tekanan inflasi dan ketidaktentuan pasaran kewangan.<\/p>\n<p>\u201cSemua ini bergantung kepada tempoh konflik. Jika berlarutan lebih enam bulan, impaknya akan jauh lebih besar berbanding situasi jangka pendek,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia dijangka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global meskipun konflik geopolitik, khususnya di Asia Barat, semakin berpanjangan. Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli berkata, asas ekonomi negara yang kukuh ketika ini menjadi benteng utama daripada risiko kemelesetan yang melanda ekonomi global. \u201cSetakat ini kita boleh rumuskan tiada kemelesetan yang bakal tiba dan kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7915,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3572,68,3573,582,74,575,574,583],"authors":[],"class_list":["post-8924","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ambank-group","tag-ekonomi","tag-firdaos-rosli-b","tag-iran","tag-minyak","tag-pakar","tag-penganalisis","tag-perang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8924","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8924"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8924\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8925,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8924\/revisions\/8925"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8924"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8924"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8924"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8924"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}