{"id":8931,"date":"2026-04-07T10:26:43","date_gmt":"2026-04-07T10:26:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8931"},"modified":"2026-04-07T10:26:43","modified_gmt":"2026-04-07T10:26:43","slug":"kunci-kejayaan-perangi-rasuah-bergantung-kepada-keazaman-kepimpinan-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kunci-kejayaan-perangi-rasuah-bergantung-kepada-keazaman-kepimpinan-azam-baki\/","title":{"rendered":"Kunci kejayaan perangi rasuah bergantung kepada keazaman kepimpinan: Azam Baki"},"content":{"rendered":"<p>Kejayaan usaha membanteras rasuah di sesebuah negara tidak bergantung sepenuhnya kepada undang-undang, sebaliknya ditentukan oleh kekuatan kepimpinan, kata Azam Baki.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan serta melalui beberapa pentadbiran kerajaan menunjukkan faktor kepimpinan memainkan peranan paling kritikal dalam memastikan sistem anti-rasuah berfungsi dengan berkesan.<\/p>\n<p>\u201cYang jelas adalah kejayaan atau kegagalan sesuatu sistem tidak ditentukan oleh undang-undang semata-mata tetapi oleh kepimpinan. Jika kepimpinan itu mempunyai keazaman politik yang jelas, tegas dan tidak berkompromi, reformasi tetap boleh berlaku walaupun sistem belum sempurna,\u201d katanya semasa menyampaikan ucaptama dalam Wacana Ilmiah Perdana anjuran SPRM bersama Asia e University di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman serta Presiden Asia e University, Awang Ahmed.<\/p>\n<p>Menurutnya, Malaysia telah memperkenalkan pelbagai dasar dan inisiatif untuk mengekang rasuah sejak sekian lama, termasuk pelan nasional yang lebih tersusun.<\/p>\n<p>Antara langkah terkini ialah Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cNACS merupakan satu kerangka utama yang menyeluruh dan bersifat \u2018dokumen hidup\u2019 bagi meningkatkan integriti, tadbir urus baik serta mencegah rasuah secara sistematik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, strategi itu turut memberi tumpuan kepada pembaharuan pentadbiran dalam sektor pendidikan, pencegahan, penguatkuasaan dan kebertanggungjawaban awam.<\/p>\n<p>Namun, Azam mengingatkan pelan yang baik sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan kepimpinan yang berintegriti.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya kepimpinan lemah atau berkompromi, maka sebaik mana pun sistem yang dibina, ia tetap akan gagal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kepimpinan yang berprinsip bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan usaha membanteras rasuah terus berada pada landasan yang betul.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kejayaan usaha membanteras rasuah di sesebuah negara tidak bergantung sepenuhnya kepada undang-undang, sebaliknya ditentukan oleh kekuatan kepimpinan, kata Azam Baki. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan serta melalui beberapa pentadbiran kerajaan menunjukkan faktor kepimpinan memainkan peranan paling kritikal dalam memastikan sistem anti-rasuah berfungsi dengan berkesan. \u201cYang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":295,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,115,18,24,21],"authors":[],"class_list":["post-8931","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-azam-baki","tag-pmx","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8931","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8931"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8931\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8932,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8931\/revisions\/8932"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8931"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8931"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8931"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8931"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}