{"id":8934,"date":"2026-04-07T10:29:41","date_gmt":"2026-04-07T10:29:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8934"},"modified":"2026-04-07T10:29:41","modified_gmt":"2026-04-07T10:29:41","slug":"peguam-akan-teliti-komen-papagomo-pertimbang-tindakan-lanjut-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/peguam-akan-teliti-komen-papagomo-pertimbang-tindakan-lanjut-fahmi\/","title":{"rendered":"Peguam akan teliti komen Papagomo, pertimbang tindakan lanjut: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, memaklumkan pasukan peguamnya sedang meneliti beberapa kenyataan terbaharu yang dimuat naik oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di media sosial, susulan penyelesaian kes saman antara mereka semalam.<\/p>\n<p>Fahmi memberitahu menerima pelbagai maklum balas termasuk tangkap layar komen yang didakwa dibuat di Facebook dan TikTok, yang menimbulkan kebimbangan sama ada ia melanggar terma penyelesaian yang telah dipersetujui di mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cSaya terkejut dengan kenyataan yang dibuat. Dengan bantuan rakan-rakan, saya telah kumpulkan semua kandungan yang dimuat naik dan akan mendapatkan pandangan peguam untuk menentukan sama ada wujud pelanggaran,\u201d katanya selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan dua daripada tiga kes saman berkaitan isu berkenaan telah diselesaikan, masing-masing melibatkan pemilik akaun Facebook \u2018N13 Kuang\u2019, Mohd Fauzan Madzlan, serta Wan Muhammad Azri.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, satu lagi kes terhadap Ahmad Dusuki Abd Rani diteruskan ke perbicaraan selepas gagal mencapai penyelesaian.<\/p>\n<p>Dalam prosiding hari ini, Fahmi berkata sudah selesai memberi keterangan, manakala beberapa saksi lain dijangka dipanggil dalam perbicaraan yang dijangka berlangsung selama dua hari.<\/p>\n<p>Kes ini berpunca daripada dakwaan fitnah yang difailkan pada September 2023, apabila Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan menyiarkan tuduhan beliau menyalahgunakan masjid untuk tujuan kempen pilihan raya serta bertindak bertentangan dengan titah Sultan Selangor.<\/p>\n<p>Dakwaan itu melibatkan beberapa hantaran di media sosial sekitar akhir Julai dan awal Ogos 2023.<\/p>\n<p>Fahmi bagaimanapun menegaskan tuduhan tersebut tidak berasas, dengan menyatakan Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan beliau tidak menyampaikan ucapan berunsur politik di ruang solat masjid seperti yang didakwa.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi am dan teladan, selain perintah injunksi bagi menghalang pengulangan atau penerbitan semula kenyataan berunsur fitnah tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, memaklumkan pasukan peguamnya sedang meneliti beberapa kenyataan terbaharu yang dimuat naik oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di media sosial, susulan penyelesaian kes saman antara mereka semalam. Fahmi memberitahu menerima pelbagai maklum balas termasuk tangkap layar komen yang didakwa dibuat di Facebook dan TikTok, yang menimbulkan kebimbangan sama ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3835,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[112,291,314,58,3020,1466,290,1467],"authors":[],"class_list":["post-8934","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi","tag-fitnah","tag-kes","tag-mahkamah","tag-masjid","tag-papagomo","tag-saman","tag-wan-azri-wan-deris"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8934","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8934"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8934\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8935,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8934\/revisions\/8935"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3835"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8934"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8934"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8934"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8934"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}