{"id":8952,"date":"2026-04-08T03:18:37","date_gmt":"2026-04-08T03:18:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8952"},"modified":"2026-04-08T03:18:37","modified_gmt":"2026-04-08T03:18:37","slug":"pkr-titiwangsa-bidas-cadangan-pas-supaya-gantung-tugas-ramanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-titiwangsa-bidas-cadangan-pas-supaya-gantung-tugas-ramanan\/","title":{"rendered":"PKR Titiwangsa bidas cadangan PAS supaya gantung tugas Ramanan"},"content":{"rendered":"<p>Gesaan PAS Shah Alam supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggantung tugas Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan, dianggap tidak matang dan tidak bertanggungjawab.<\/p>\n<p>Ketua Cabang Titiwangsa Syed Badli Shah Syed Osman berkata, setakat ini tiada sebarang laporan rasmi atau siasatan dibuka terhadap dakwaan mengaitkan Ramanan dengan unsur rasuah.<\/p>\n<p>Dakwaan tersebut timbul susulan kenyataan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long, yang mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR menerima suapan RM9.5 juta.<\/p>\n<p>\u201cSehingga hari ini tiada satu laporan mahupun siasatan dibuka. Prinsip keadilan menuntut semua pihak diberi layanan sama tanpa memilih bulu,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, tindakan mendesak penggantungan tugas tanpa asas kukuh hanya mencerminkan sikap tidak adil, selain seolah-olah cuba menonjolkan diri sebagai pihak yang bersih daripada sebarang isu.<\/p>\n<p>Sebelum ini, PAS Shah Alam melalui Yang Dipertuanya, Mohd Sukri Omar, menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tindakan segera bagi menjaga integriti siasatan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Syed Badli Shah mengingatkan bahawa semua parti politik, termasuk PAS, juga tidak terkecuali daripada berdepan pelbagai dakwaan dan kes melibatkan siasatan pihak berkuasa sebelum ini.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan beberapa kes lampau yang melibatkan individu berkaitan PAS, termasuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kes mahkamah berkaitan salah guna kuasa serta fitnah.<\/p>\n<p>\u201cJika mahu guna logik sama, maka semua pihak juga perlu mengambil tindakan terhadap ahli sendiri. Jangan hanya menuding jari kepada lawan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa prinsip keadilan perlu dihormati dan sebarang tuduhan harus disertakan dengan bukti kukuh sebelum tindakan diambil.<\/p>\n<p>Syed Badli Shah turut mengingatkan semua pihak agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh menghukum seseorang hanya berdasarkan dakwaan. Biarlah proses undang-undang berjalan dengan adil dan telus,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gesaan PAS Shah Alam supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggantung tugas Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan, dianggap tidak matang dan tidak bertanggungjawab. Ketua Cabang Titiwangsa Syed Badli Shah Syed Osman berkata, setakat ini tiada sebarang laporan rasmi atau siasatan dibuka terhadap dakwaan mengaitkan Ramanan dengan unsur rasuah. Dakwaan tersebut timbul susulan kenyataan ahli perniagaan, Victor [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8953,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3478,1698,631,9,3556,24,234,3577,3578],"authors":[],"class_list":["post-8952","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-9-5-juta","tag-cadangan","tag-gantung","tag-pkr","tag-r-ramanan","tag-rasuah","tag-syed-badli-shah-syed-osman","tag-titiwangsa","tag-tugas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8952","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8952"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8952\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8954,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8952\/revisions\/8954"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8953"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8952"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8952"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8952"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8952"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}