{"id":8961,"date":"2026-04-08T08:14:02","date_gmt":"2026-04-08T08:14:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8961"},"modified":"2026-04-08T08:14:02","modified_gmt":"2026-04-08T08:14:02","slug":"anwar-harap-rundingan-as-iran-berhasil-bawa-perdamaian-serantau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-harap-rundingan-as-iran-berhasil-bawa-perdamaian-serantau\/","title":{"rendered":"Anwar harap rundingan AS-Iran berhasil bawa perdamaian serantau"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyambut baik perkembangan terbaharu melibatkan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran susulan cadangan Pelan 10 Perkara oleh Tehran yang kini dilihat mendapat reaksi positif daripada Washington.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, langkah tersebut memberi harapan baharu ke arah meredakan konflik yang telah lama menjejaskan kestabilan Timur Tengah serta keselamatan global.<\/p>\n<p>Menurutnya, rundingan yang bakal berlangsung perlu dilakukan secara jujur dan berlandaskan komitmen sebenar untuk mencapai penyelesaian menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cDiharapkan proses rundingan akan dijalankan dengan niat baik, disertai iltizam kukuh untuk mencari penyelesaian berkekalan. Rundingan damai tidak akan berjaya sekiranya prosesnya diselubungi penipuan dan muslihat,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Konflik antara AS dan Iran yang berlarutan sejak beberapa dekad lalu sering mencetuskan ketegangan geopolitik, termasuk melibatkan sekutu di rantau seperti Iraq, Lubnan dan Yaman.<\/p>\n<p>Justeru, Anwar menegaskan pelan tersebut perlu diterjemahkan kepada perjanjian damai yang inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh rantau.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa sebarang usaha damai tidak boleh mengabaikan isu kemanusiaan, khususnya penderitaan rakyat Palestin di Gaza.<\/p>\n<p>\u201cPihak berkepentingan perlu memastikan penamatan keganasan dan perampasan hak rakyat Palestin,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Shehbaz Sharif dan kerajaan Pakistan atas usaha diplomasi yang disifatkan berani dan konsisten dalam merintis ruang dialog antara pihak-pihak terlibat.<\/p>\n<p>\u201cKesediaan Pakistan untuk berunding tanpa rasa takut atau pilih kasih mencerminkan solidariti antarabangsa yang wajar dicontohi. Malaysia bersedia menyokong segala usaha ke arah ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sekatan kepada semua mangsa konflik.<\/p>\n<p>\u201cSemoga ini menjadi titik perubahan ke arah keamanan berkekalan. Dunia tidak mampu menerima kegagalan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyambut baik perkembangan terbaharu melibatkan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran susulan cadangan Pelan 10 Perkara oleh Tehran yang kini dilihat mendapat reaksi positif daripada Washington. Perdana Menteri berkata, langkah tersebut memberi harapan baharu ke arah meredakan konflik yang telah lama menjejaskan kestabilan Timur Tengah serta keselamatan global. Menurutnya, rundingan yang bakal berlangsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,530,582,294,583,3580,18,758],"authors":[],"class_list":["post-8961","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-as","tag-iran","tag-konflik","tag-perang","tag-perdamaian","tag-pmx","tag-rundingan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8961","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8961"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8961\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8962,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8961\/revisions\/8962"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8961"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8961"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8961"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8961"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}