{"id":8978,"date":"2026-04-08T10:24:45","date_gmt":"2026-04-08T10:24:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8978"},"modified":"2026-04-08T10:24:45","modified_gmt":"2026-04-08T10:24:45","slug":"tiga-aktivis-direman-susulan-insiden-ganggu-ucapan-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiga-aktivis-direman-susulan-insiden-ganggu-ucapan-azam-baki\/","title":{"rendered":"Tiga aktivis direman susulan insiden ganggu ucapan Azam Baki"},"content":{"rendered":"<p>Tiga aktivis direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden gangguan terhadap ucapan Azam Baki pada satu majlis di World Trade Centre Kuala Lumpur semalam.<\/p>\n<p>Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata ketiga-tiga individu berkenaan ditahan atas beberapa kesalahan termasuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas, hasutan, ugutan dan pencerobohan.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan masih dijalankan dan permohonan reman sudah dibuat terhadap tiga individu terbabit. Kita cuba melengkapkan siasatan segera sebelum dirujuk kepada perundangan,\u201d katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Insiden berlaku kira-kira jam 2.45 petang ketika Azam menyampaikan ucapan pembukaan Wacana Ilmiah Perdana yang dihadiri Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>Dua lelaki dilaporkan berjalan ke arah pentas sambil mengangkat sepanduk dan menjerit, sekali gus mengganggu perjalanan majlis rasmi tersebut.<\/p>\n<p>Program itu turut dihadiri beberapa tokoh termasuk barisan panel daripada pelbagai sektor.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia, Jais Abdul Karim, menegaskan kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cDalam negara demokrasi, kebebasan bersuara adalah hak, tetapi ia bukan lesen untuk bertindak biadab atau mencetuskan provokasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah tindakan mengganggu program rasmi bukanlah bentuk advokasi matang, sebaliknya menunjukkan kegagalan memahami batas antara hak dan tanggungjawab.<\/p>\n<p>Menurutnya, Malaysia menyediakan pelbagai saluran sah untuk menyuarakan pandangan termasuk forum terbuka dan proses undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan soal menutup suara, tetapi memastikan disiplin sosial dan kedaulatan undang-undang terus dipelihara,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiga aktivis direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden gangguan terhadap ucapan Azam Baki pada satu majlis di World Trade Centre Kuala Lumpur semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata ketiga-tiga individu berkenaan ditahan atas beberapa kesalahan termasuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas, hasutan, ugutan dan pencerobohan. \u201cSiasatan masih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1778,115,486,3585,21,1357],"authors":[],"class_list":["post-8978","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aktivis","tag-azam-baki","tag-reman","tag-seminar","tag-sprm","tag-ucapan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8978","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8978"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8978\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8979,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8978\/revisions\/8979"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8978"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8978"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8978"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8978"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}