{"id":8985,"date":"2026-04-09T06:26:17","date_gmt":"2026-04-09T06:26:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8985"},"modified":"2026-04-09T06:26:17","modified_gmt":"2026-04-09T06:26:17","slug":"hubungan-global-kukuh-berjaya-lindungi-kepentingan-malaysia-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hubungan-global-kukuh-berjaya-lindungi-kepentingan-malaysia-anwar\/","title":{"rendered":"Hubungan global kukuh berjaya lindungi kepentingan Malaysia: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan antarabangsa yang baik terus menjadi kekuatan penting Malaysia dalam melindungi kepentingan negara, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, jaringan erat dengan pemimpin dunia membolehkan Malaysia bertindak lebih berkesan dalam menangani isu global, di samping memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.<\/p>\n<p>Menurutnya, hubungan diplomatik yang kukuh telah memberi manfaat nyata, termasuk dalam memastikan kelancaran laluan perdagangan negara.<\/p>\n<p>\u201cDalam perbincangan saya dengan Presiden Iran, apabila saya bangkitkan soal kapal Malaysia termasuk kapal PETRONAS, beliau memberi jaminan bahawa segala usaha akan dilakukan supaya kapal kita dapat melalui Selat Hormuz dengan selamat,\u201d katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di sini.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.<\/p>\n<p>Selain Iran, beliau turut menekankan kepentingan hubungan rapat dengan Mesir dalam memudahkan misi kemanusiaan Malaysia ke kawasan konflik di Timur Tengah.<\/p>\n<p>Katanya, hubungan baik dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi telah membantu mempercepatkan penyaluran bantuan.<\/p>\n<p>\u201cSaya maklumkan bahawa terdapat 30 kontena bantuan Malaysia di Mesir dan memohon laluan ke Rafah. Beliau memberi jaminan bahawa bantuan itu akan disegerakan sebaik tiba,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sejak sekian lama, Malaysia mengamalkan dasar luar berkecuali dengan menjalin hubungan baik dengan pelbagai kuasa dunia termasuk negara ASEAN, China dan Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>Pendekatan ini membolehkan negara mengekalkan keseimbangan dalam hubungan diplomatik tanpa menggadaikan prinsip.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan pendirian Malaysia kekal konsisten dalam hal tersebut.<\/p>\n<p>\u201cYang kita setuju, kita sokong. Yang kita tidak setuju, kita nyatakan dengan jelas. Namun, persahabatan itu penting demi kepentingan negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan antarabangsa yang baik terus menjadi kekuatan penting Malaysia dalam melindungi kepentingan negara, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik. Perdana Menteri berkata, jaringan erat dengan pemimpin dunia membolehkan Malaysia bertindak lebih berkesan dalam menangani isu global, di samping memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. Menurutnya, hubungan diplomatik yang kukuh telah memberi manfaat nyata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4571,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,321,1763,1845,582,18],"authors":[],"class_list":["post-8985","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-diplomasi","tag-global","tag-hubungan","tag-iran","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8985","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8985"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8985\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8986,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8985\/revisions\/8986"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4571"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8985"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8985"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8985"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8985"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}