{"id":8995,"date":"2026-04-09T06:40:38","date_gmt":"2026-04-09T06:40:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8995"},"modified":"2026-04-09T06:40:38","modified_gmt":"2026-04-09T06:40:38","slug":"anwar-tegur-dakwaan-tak-tepat-harga-minyak-hanya-naik-di-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-tegur-dakwaan-tak-tepat-harga-minyak-hanya-naik-di-malaysia\/","title":{"rendered":"Anwar tegur dakwaan tak tepat harga minyak hanya naik di Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, menegur kenyataan pihak tertentu yang mendakwa kenaikan harga minyak hanya berlaku di Malaysia, sambil menyifatkannya sebagai tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, pandangan sedemikian bersifat dangkal kerana tidak mengambil kira situasi global, khususnya kesan konflik di Asia Barat yang turut menjejaskan pasaran tenaga dunia.<\/p>\n<p>\u201cAda ulasan daripada tokoh agama yang mempunyai ramai pengikut mengatakan harga minyak tidak naik di negara lain, hanya di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cItu kedangkalan ilmu yang boleh mengelirukan masyarakat,\u201d katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan kenaikan harga bahan api bukan berlaku secara terpencil, sebaliknya dipengaruhi faktor luar termasuk peningkatan kos logistik dan insurans.<\/p>\n<p>\u201cKos insurans untuk membawa minyak meningkat lebih 100 peratus, terutama selepas laluan di Selat Hormuz terjejas dan operasi beralih ke Pengerang. Ini menyebabkan kos asas minyak turut meningkat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu ini timbul susulan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mempersoalkan kenaikan harga diesel di Semenanjung, sedangkan Sabah dan Sarawak tidak terlibat.<\/p>\n<p>Dalam tulisannya, beliau mendakwa kenaikan itu tidak mempunyai asas kukuh dan tidak wajar dikaitkan dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.<\/p>\n<p>Abdul Hadi turut berpendapat Malaysia sepatutnya tidak terkesan secara langsung kerana negara mempunyai sumber minyak dan gas sendiri, selain hubungan dengan negara pengeluar lain.<\/p>\n<p>Untuk rekod, ketegangan di Timur Tengah, khususnya melibatkan laluan strategik seperti Selat Hormuz, telah lama memberi kesan kepada rantaian bekalan global.<\/p>\n<p>Sebarang gangguan di kawasan itu lazimnya meningkatkan kos penghantaran dan insurans, sekali gus mempengaruhi harga minyak di banyak negara.<\/p>\n<p>Semalam, Kementerian Kewangan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 70 sen seliter, manakala petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 40 sen.<\/p>\n<p>Harga baharu menetapkan RON97 pada RM5.35 seliter dan RON95 pada RM4.27 seliter.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, menegur kenyataan pihak tertentu yang mendakwa kenaikan harga minyak hanya berlaku di Malaysia, sambil menyifatkannya sebagai tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat. Menurut Perdana Menteri, pandangan sedemikian bersifat dangkal kerana tidak mengambil kira situasi global, khususnya kesan konflik di Asia Barat yang turut menjejaskan pasaran tenaga dunia. \u201cAda ulasan daripada tokoh agama yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1000,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,75,582,74,18,3476],"authors":[],"class_list":["post-8995","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-harga","tag-iran","tag-minyak","tag-pmx","tag-selat-hormuz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8995","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8995"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8995\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8996,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8995\/revisions\/8996"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1000"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8995"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8995"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8995"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8995"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}